web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDA FC Umum Shahrul Samsudin Pangku Tugas CEO

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 7:07PM

gambar FB Kedah Darul Aman FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Lembaga Pengarah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini memutuskan Ketua Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan KDA FC Shahrul Samsudin, memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif pasukan bola sepak itu.

KDA FC dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu, bertujuan melancarkan pentadbiran dan urusan semasa kelab selepas Khamal Idris Ali meletakkan jawatan tersebut sebelum ini.

"Shahrul Samsudin, Ketua Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan KDA FC, diamanahkan untuk memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC sehingga satu tempoh lantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu diumumkan," menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook KDA FC hari ini.

Semalam, KDA FC mengumumkan Khamal Idris meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, setelah empat tahun menabur bakti bersama kelab itu.

Menurut KDA FC, perletakan jawatan itu disebabkan Khamal Idris mahu memberi tumpuan pada perniagaannya, selain untuk memberi peluang kepada individu berkelayakan dan berkemampuan mengemudi kelab berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Gaji Tertunggak: KDA FC Hormati Pendirian Sanusi 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam