web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kontrak CEO FINAS Tamat Hari Ini, ‘Ia Sebagai Langkah Penstrukturan Semula…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 9:57AM

Menurut FINAS, penamatan kontrak Dr Md Nasir Ibrahim dibuat sebagai langkah penstrukturan semula badan berkenaan agar dapat membawa perubahan kepada industri perfileman tanah air - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Prof Dr Md Nasir Ibrahim berakhir, hari ini.

Menurut FINAS, penamatan kontrak itu dibuat sebagai langkah penstrukturan semula badan berkenaan agar dapat membawa perubahan kepada industri perfileman tanah air.

“Penstrukturan ini akan melibatkan penjajaran semula atau ‘recalibration’ ke atas dasar, program dan aktiviti industri kreatif, terutama industri perfileman.

“Inisiatif ini diharap dapat membantu penggiat filem Malaysia menghasilkan filem berkualiti yang mempunyai nilai pasaran tempatan dan antarbangsa yang tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, dalam tempoh interim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Rozita Waty Ridzuan akan menjalankan tugas CEO berkuat kuasa hari ini, sehinggalah jawatan tersebut diisi.

Pada masa sama, FINAS turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Md Nasir di atas sumbangan dan jasa beliau sepanjang menerajui agensi berkenaan sejak 1 November 2021.

“FINAS mengucapkan selamat maju jaya kepada Prof Dr Md Nasir Ibrahim dan semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dalam apa jua bidang dan organisasi yang bakal diceburi kelak,” katanya.

Difahamkan FINAS, dengan kelulusan Menteri, boleh menamatkan kontrak tersebut serta-merta dengan memberi gaji sebulan sebagai ganti notis bertulis 30 hari, tanpa memberikan sebarang alasan.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) atau sekarang dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan pelantikan Md Nasir sebagai CEO baharu FINAS bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 November 2021 sehingga 30 Oktober depan.

Pelantikan Md Nasir bagi menggantikan bekas CEO FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang meletakkan jawatan pada 15 Oktober 2021. – Getaran, 1 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan