Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


CEO KFA Dilepaskan Dengan Jaminan SPRM

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 8:43AM

Kenyataan yang dikeluarkan oleh KFA di laman FB rasminya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) semalam memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) persatuan itu, Zulkifli Che Haron, yang di reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam KFA, Ibrahim Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Zulkifli telah dilepaskan kira-kira pukul 10 pagi semalam, selepas selesai memberi keterangan bersama tiga individu yang lain.

"KFA menerima maklum bahawa Zulkifli telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM pada Khamis, sebelum dimaklumkan mengenai tangkapan dan proses reman yang akan dibuat terhadap Zulkifli pada pagi Jumaat.

"KFA berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan segala tuduhan yang tidak berasas, kerana kes ini masih di peringkat awal siasatan. Persatuan menafikan semua bentuk keterlibatan rasuah dan seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya," katanya dalam kenyataan semalam.

Ibrahim berkata, pelantikan CEO adalah bagi melancarkan pentadbiran dan fungsi sekretariat di bawah Setiausaha Kehormat menurut Statut Persatuan KFA dan ingin menjelaskan bahawa persatuan tiada kaitan dengan mana-mana projek kerajaan negeri.

Beliau berkata, menurut statut persatuan, kesemua keputusan persatuan perlu diputuskan di bawah Jawatankuasa Eksekutif (Exco KFA) dan CEO hanya menjalankan tugas bagi melicinkan pentadbiran persatuan.

"Sepanjang penubuhan persatuan, pendapatan utama adalah dari sumbangan syarikat dan badan-badan korporat dan segala penerimaan wang telah direkodkan dalam Laporan Kewangan persatuan dan telah dibentangkan. Sumbangan diterima tanpa imbalan dan tanpa prasangka.

"Sebagai rekod, CEO KFA telah dilantik pada Ogos 2020 dan telah berusaha dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji dan tuntutan hutang daripada badan berkanun semenjak pentadbiran persatuan bertukar kepimpinan," katanya.

Ibrahim berkata, hasil pelantikan itu, telah berjaya merekodkan kejayaan proses pemisahan pasukan bola sepak FA kepada FC, selain kejayaan memiliki pejabat pentadbiran sendiri pada 2023.

Jumaat lalu, media melaporkan SPRM mendapat perintah reman selama tiga hari terhadap empat individu, termasuk seorang ketua pegawai eksekutif sebuah persatuan bola sepak sebuah negeri di utara tanah air bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM6 juta pada 2020.

Menurut sumber, wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

2

Semasa 20 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

3

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Sukan 22 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 22 jam yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Politik 9 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad