web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


CEO, MD Wanita Di Malaysia Capai 38 Peratus, Tertinggi Pernah Direkodkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 2:10PM

Zafrul (kanan) bercakap pada sambutan berkaitan pemerkasaan aspirasi kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman - A Celebration of Elevated D.E.I. (Diversity, Equity & Inclusion) Ambitions. - Gambar dari Facebook Tengku Zafrul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan (MD) dalam kalangan wanita di Malaysia meningkat kepada 38 peratus pada tahun 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata, ia adalah peratusan tertinggi membabitkan wanita yang memegang jawatan itu pernah direkodkan di negara ini.

Katanya, Malaysia juga mempunyai peratusan tertinggi Ketua Pegawai Kewangan (CFO) wanita di Asia, iaitu 34.9 peratus, lebih daripada dua kali ganda purata global.

“Saya juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa Malaysia mempunyai antara peratusan tertinggi ahli lembaga wanita di Asia, (iaitu) pada 28.2 peratus, berdasarkan data terkini bagi 100 PLC (Syarikat Senaraian Awam) teratas.

“Benarlah kata pepatah, ‘tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia’,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

Benarlah kata pepatah, “Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia”. Sebentar tadi saya bersama Kelab 30%...

Posted by Tengku Zafrul on Friday, September 2, 2022

Menerusi hantaran sama, Tengku Zafrul memaklumkan terdahulu, beliau menghadiri sambutan berkaitan pemerkasaan aspirasi kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman - A Celebration of Elevated D.E.I. (Diversity, Equity & Inclusion) Ambitions, bersama Kelab 30% (30% Club) Malaysia.

Jelasnya, Kelab 30% adalah kempen untuk meningkatkan penyertaan wanita sehingga 30 peratus di dalam lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat.

Susulan usaha itu, katanya, pasukan Kementerian Kewangan melancarkan program ‘Gender Responsive-Budgeting-In-Practice’ (GRBiP) dengan kerjasama Engender Consultancy and Women’s Aid Organisation (WAO).

“Usaha ini sudah tentu akan memberi lebih banyak peluang kepada kaum wanita di dalam pelbagai bidang.

“Kerajaan juga melancarkan beberapa inisiatif untuk menggalakkan pemerkasaan wanita, termasuk melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita untuk semua syarikat tersenarai awam dan sekurang-kurangnya 30 peratus pengarah wanita dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC),” katanya. - Getaran, 3 September 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

KDA FC Umum Shahrul Samsudin Pangku Tugas CEO

2

Semasa 2 tahun yang lalu

CEO KFA Dilepaskan Dengan Jaminan SPRM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kontrak CEO FINAS Tamat Hari Ini, ‘Ia Sebagai Langkah Penstrukturan Semula…’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anas Alam Enggan Lanjut Kontrak CEO ProtectHealth

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad