web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Protes MUDA: Polis Soal Siasat Lelaki Hilang Ahli Keluarga Ketika Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 10:36PM

Asri mahu suara rakyat Baling didengari di Parlimen. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penjual nasi lemak yang kehilangan tiga anggota keluarganya ketika bencana banjir di Baling, Kedah antara sembilan individu termasuk ahli politik disiasat susulan penyertaan mereka dalam perhimpunan protes pada 24 September lalu.

Asri Balqis, 48, berkata dia berada di ibu negara bagi menyerahkan memorandum kepada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyertai perhimpunan itu di sebuah pusat beli belah di sini.

“Saya mahu suara rakyat Baling didengari di Parlimen. Isu utama di sini ialah kami masih berasa tidak selamat.

“Saya tidak menyangka akan dipanggil hari ini (tetapi) polis menghubungi saya (pada 24 September lalu) ketika dalam perjalanan pulang ke Kedah,” katanya kepada pemberita selepas hadir memberi kenyataan selama dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Asri lebih dikenali sebagai Pak Atan berkata, kediaman keluarganya di Kampung Iboi, Kupang antara terkesan selepas dilanda banjir beberapa kali sejak Jun lalu, dengan air naik sehingga paras dada dan merosakkan dua motosikalnya.

Protes anjuran MUDA itu adalah bagi membantah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat, ketika negara berdepan ancaman bencana banjir besar akibat musim monsun.

Dalam perhimpunan berlangsung kurang sejam itu, Asri merayu kepada kerajaan supaya menangguhkan PRU-15 dan memberi fokus membantu rakyat yang mana kebanyakannya masih trauma dengan banjir yang melanda baru-baru ini.

Malah, Syed Saddiq dilaporkan berkata, nyawa mereka yang terkorban ketika banjir akan berada dalam tangan Pemuda UMNO ketika parti itu secara tidak bertanggungjawab terus mendesak supaya PRU-15 diadakan.

Ahli Parlimen Muar itu yang turut dipanggil polis, menegaskan bahawa pihak berkuasa tidak seharusnya mengambil tindakan terhadap mangsa banjir, sebaliknya kepada mereka yang memusnahkan alam sekitar.

“Apa yang buat saya marah bukan sebab kami tapi apabila mangsa banjir macam Pak Atan diheret sama, dipanggil datang ke Kuala Lumpur untuk siasatan.

“Dia cuma hantar cadangan, hantar memorandum, tetapi sekarang dia diambil keterangan, ini tak betul, jangan babitkan dia,” katanya.

Individu lain turut disiasat termasuk Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz serta dua Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu, Nurainie Haziqah Shafii dan Nurafiqah Zulkifli selain pelajar, Ashraff Fahmy.

Ahli politik pula terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP, Howard Lee (Pasir Pinji) dan Lim Yi Wei (Kampung Tunku) serta ADUN Taman Templer dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohd Sany Hamzan. -  The Vibes, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad