web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


38 Pekerja Kilang Cedera Bas Jatuh Tebing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 7:00AM

Keadaan bas kilang yang membawa 38 pekerja kilang yang menggelungsur ke bawah tebing dalam satu kejadian di Jalan Simpang Gading-Kesang Pajak, di sini malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Sebanyak 38 pekerja sebuah kilang di Batu Berendam, berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka menggelungsur ke bawah tebing dalam satu kejadian di Jalan Simpang Gading-Kesang Pajak, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain, berkata 13 mangsa termasuk pemandu yang cedera agak parah dihantar ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan manakala bakinya dihantar ke klinik berdekatan.

Katanya, mangsa membabitkan warga Nepal dan Myanmar manakala pemandu pula rakyat tempatan, berusia antara 20-an dan 30-an.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.57 malam dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

“Siasatan awal mendapati bas berkenaan baru tiba di asrama pekerja sebelum kenderaan itu menggelusur sejauh 150 meter ke bawah tebing berketinggian kira-kira 50 meter dari jalan raya, dipercayai akibat kegagalan brek.

“Bas tersebut kemudiannya tersangkut di pokok di bawah tebing berkenaan dan mangsa dikeluarkan menerusi tingkap kenderaan yang pecah oleh orang awam dan pegawai serta anggota bomba,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini.

“Seramai 27 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Jasin Bistari dan Alor Gajah terlibat dalam operasi menyelamat yang memakan masa selama 45 minit,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam