web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Berdedikasi: Lat Imbau Satu-Satunya Pertemuan Bersama Mendiang Samy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 11:41AM

Melukis karikatur mendiang Samy yang pada mulanya agak mencabar buat Lat, kerana ciri ‘ketampanan’ tertentu di wajah beliau sukar digambarkan di atas kertas - Gambar Facebook Samy Vellu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik ‘kelucuan’ dan ‘eksentrik’ mendiang Tun S Samy Vellu yang mengujakan rakyat Malaysia, kartunis terkenal tanah air, Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau lebih popular sebagai Lat, berkongsi kenangannya dengan mantan menteri itu yang disifatkan sangat rajin dan berdedikasi terhadap tugasan.

Ia sisi Samy yang mungkin tidak diketahui ramai rakyat Malaysia kerana kebanyakan orang mengenalinya sebagai pemimpin ‘lantang’, menyampaikan kata-kata tidak dapat dilupakan dan memberi ucapan mengandungi nada tersendiri.

Justeru, Lat yang pernah menghasilkan beberapa karikatur mantan presiden MIC itu, berkongsi cerita mengenai pertemuan secara kebetulannya dengan Samy kepada The Vibes.

Pertemuan itu berlaku semasa penerbangannya dari Ipoh ke Kuala Lumpur pada akhir tahun 1980-an.

Ia adalah kali pertama Lat bertemu Samy yang ketika itu memegang jawatan sebagai Presiden MIC dan menteri Kabinet.

“Saya duduk di sebelahnya dalam pesawat dan beliau sibuk sepanjang penerbangan.

“Saya ingin bercakap dengan Tun (Samy), tetapi saya bimbang saya akan mengganggu kerana pegawainya terus menghampiri beliau untuk menyerahkan beberapa fail dan dokumen,” kenang Lat.

Kata Lat, melihat beberapa karya seni Samy dihasilkannya kembali dikongsi di media sosial, membuatkan dia berasa teruja dan menganggap terbukti lukisannya mempunyai daya tarikan abadi - Gambar The Merdeka Award
Kata Lat, melihat beberapa karya seni Samy dihasilkannya kembali dikongsi di media sosial, membuatkan dia berasa teruja dan menganggap terbukti lukisannya mempunyai daya tarikan abadi - Gambar The Merdeka Award

Dari ekor matanya, Lat dapat melihat Samy meletakkan jari pada lidahnya untuk memudahkan beliau menyelak muka surat dokumen di tangannya.

“Ia bukan penerbangan yang panjang, tetapi sudah cukup untuk menunjukkan bahawa beliau komited dengan tugasnya,” kata Lat ketika dihubungi malam tadi.

Samy meninggal dunia di kediamannya pagi semalam pada usia 86 tahun.

Beliau adalah Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008 dan pernah berkhidmat dalam kabinet selama 29 tahun. Beliau menjadi Menteri Kerja Raya dari 1983 hingga 1989 dan sekali lagi memegang portfolio sama dari 1995 hingga 2008, malah antara tahun 1989 hingga 1995, beliau memikul tugas sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos.

Selain itu, Lat menceritakan bagaimana kenangan melukis karikatur Samy yang pada mulanya agak mencabar, kerana ciri ‘ketampanan’ tertentu di wajah beliau sukar digambarkan di atas kertas.

“Dia seorang kacak dan mempunyai bentuk rahang yang ketara. Saya terpaksa membuatnya nampak ‘lucu’ tetapi pada masa sama boleh dikenali. Tetapi saya rasa saya menggambarkannya dengan baik.

“Pendirian saya sentiasa berpegang kepada jika saya menghasilkan karikatur seseorang, saya mahu orang itu menjadi orang paling gembira menerusi apa yang saya lukis. Sudah tentu, saya mahu membuat orang yang melihatnya ketawa, tetapi saya juga perlu membuat orang yang saya lukis gembira mengenai seni saya.

“Dan saya fikir saya berjaya melakukannya,” katanya.

 

Gergasi politik BN era Mahathir Hari ini S Samy Vellu mantan presiden MIC telah pergi. Lim Keng Yaik mantan presiden...

Posted by Wan Hamidi on Wednesday, September 14, 2022

Lat menambah, melihat beberapa karya seni Samy dihasilkannya kembali dikongsi di media sosial, membuatkan dia berasa teruja dan menganggap terbukti lukisannya mempunyai daya tarikan abadi.

Kartunis itu yang menghasilkan komik grafik popular Kampung Boy, Town Boy, Mat Som, dan Lots of Lat berkata, dia amat gembira kerana kebanyakan karyanya mengenai personaliti popular pada 1980-an dan 1990-an dicipta ketika Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang lebih ‘bahagia’.

“Banyak lukisan Samy yang saya lukis diterbitkan di akhbar. Beliau pasti pernah melihat lukisan ini dan bagi saya, ia sudah cukup bagus. Saya hanya gembira apabila mengetahui beliau melihat hasil kerja saya.

“Saya gembira kerana dapat menyumbang kepada industri kartun Malaysia,” katanya.

Perarakan pengebumian Samy akan dimulakan dari kediamannya di Jalan Ipoh di sini pada 3 petang ini ke Krematorium DBKL di Jalan Kuari, Taman Pertama, Cheras sebagai upacara terakhir.

Susulan kematian beliau, ahli politik dari kedua-dua belah pihak, sama ada kerajaan atau blok pembangkang merakamkan ucapan takziah serta memberi penghormatan kepada mantan pemimpin Kabinet itu, dengan ramai daripada mereka turut memberi penghormatan terakhir di kediamannya. – The Vibes, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Watikah Seniman Diraja Semarak Semangat Datuk Lat Promosi Kepelbagaian Budaya Malaysia

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Mahu Karya Besar Ditelaah Golongan Muda

3

TARA 3 tahun yang lalu

Samy Vellu Umpama 'Jambatan' Antara Tamil Nadu dan Tamil Malaysia - Vairamuthu Ramasamy

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Saya Sentiasa Ingat Kesungguhan Mendiang Samy Membangunkan Negara - Anwar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad