Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Watikah Seniman Diraja Semarak Semangat Datuk Lat Promosi Kepelbagaian Budaya Malaysia

Selebriti Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 7:07PM

Lat menunjukkan Watikah Gelaran Seniman Diraja yang dianugerahkan oleh Sultan Nazrin Shah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Seniman Diraja Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat akan terus membantu mempromosikan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum negara ini terutama di negeri kelahirannya, Perak melalui karya yang dipamerkan di Galeri Rumah Lat, Batu Gajah.

Lat yang ditemui selepas dikurniakan Watikah Gelaran Seniman Diraja di Istana Iskandariah di sini hari ini berkata beliau berbangga dapat meneruskan idea membuka galeri berkenaan demi mempamerkan karyanya yang memaparkan kemajmukan masyarakat Malaysia.

“Perak salah satu tempat yang kita boleh cuba jadikan tarikan pengunjung. Jadi saya mempamerkan  lukisan komik saya (di Galeri Rumah Lat) saya syukur kerana sambutan sangat baik. Jadi memang itu saya bangga dapat berbakti untuk Perak sebab saya berasal dari sini, juga sebenarnya berbakti untuk negara,” katanya.

Terdahulu Sultan Perak Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Watikah Gelaran Seniman Diraja pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67 hari ini.

Pada 8 Julai lepas, ketika berangkat merasmikan Galeri Rumah Lat, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan Lat gelaran Seniman Diraja bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan besar oleh seniman agung itu dalam memperkenalkan Malaysia di pentas antarabangsa dan mengharumkan nama negara.

Sementara itu Lat berkata kurniaan gelaran Seniman Diraja itu adalah simbol rapatnya hubungan istana dengan kegiatan kesenian rakyat negara ini sekali gus menghargai insan seni sepertinya.

Bukan hanya melalui komik, semua cabang seni seperti muzik, filem dan lakonan pentas juga banyak yang memaparkan kepelbagaian budaya, jadi semua ini juga mendapat penghargaan istana, kita amat hargai,” katanya.

Dalam pada itu Lat mengajak pengunjung yang ke Galeri Rumah Lat agar berkunjung ke galeri berkenaan dan setakat ini masuk ke sana masih percuma.

Katanya kemasukan ke galeri tersebut masih belum dikenakan bayaran kemungkinan sehingga hujung tahun ini.

“Saya ingat sampai hujung tahun masih percuma, jika dikenakan pun saya percaya ia (tiket) tidaklah mahal,” katanya.

Galeri Rumah Lat di Silverlake Batu Gajah dibuka secara rasmi pada 8 Julai lepas kepada pengunjung secara percuma setakat ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Mahu Karya Besar Ditelaah Golongan Muda

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Berdedikasi: Lat Imbau Satu-Satunya Pertemuan Bersama Mendiang Samy

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Lars Vilks, Kartunis Hina Nabi Muhammad Maut Dalam Nahas Jalan Raya

4

TARA 2 tahun yang lalu

Kenali Kidol, Pelapis Kartunis Tanah Air

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN