Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenali Kidol, Pelapis Kartunis Tanah Air

Kartun adalah platform merakam tradisi, budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat untuk dijadikan bahan rujukan orang di zaman akan datang. Mari, kenali kartunis tanah air kita.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 12:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika di bangku sekolah, ada seorang rakan perempuan di dalam kelas pernah menyebut “Bila besar nanti awak akan jadi seorang kartunis.” Kata-kata tersebut sebenarnya adalah doa kerana perkara itu benar-benar terjadi. 

Marzuki bin Abdullah yang dilahirkan di Sarawak dan membesar di Kota Bharu, Kelantan ini tidak menyangka bahawa minatnya yang suka menonton dan melukis kartun sejak kecil membolehkan dia kemudiannya menjadi seorang kartunis.

Dia yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi multimedia (OUM) dan ijazah sarjana Pengajian Melayu di Universiti Malaya (UM) mula belajar melukis kartun secara pos dengan majalah Gelagat pada tahun 1991. 

Seterusnya dia menyertai Kursus Kartun kelolaan Persatuan Kartunis Wilayah Persekutuan (PeKartun) di Balai Seni Lukis Negara sekitar tahun 1993 dan pernah mendapat tunjuk ajar daripada seorang tokoh kartunis tanah air iaitu allahyarham Rejabhad.

Menyentuh tentang nama samaran yang digunakan sebagai seorang kartunis, Marzuki menjawab ringkas, “Kidol. Ia adalah gabungan diantara nama saya dan nama bapa saya.” 

Tambahnya lagi keluarga tidak menghalang minat untuk melukis dan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah dia terpaksa menunggu giliran untuk membaca kartun yang tersiar di dalam akhbar. 

“Pakcik saya pula mempunyai satu tabiat, apabila membaca sesuatu akhbar dia akan baca semua kandungan perlahan-lahan satu muka surat ke satu muka surat. Saya pula terpaksa tunggu sehingga selesai dan kemudian barulah berpeluang untuk membaca ruangan kartun.”

Bercerita tentang pengalaman kerja, Marzuki menyatakan bahawa setelah tamat belajar dia memulakan kerja sebagai juruteknik komputer. Tetapi dek minat melukis, dia menggunakan waktu malamnya untuk melukis kartun dan akan menghantar karya tersebut ke pejabat Majalah Kartun pada setiap hari Sabtu.

Dari situ, dia mendapat peluang untuk temu duga jawatan animator bagi sebuah produksi animasi televisyen ‘Usop Sontorian’. Sebenarnya, niat asalnya adalah temu duga untuk menjadi seorang kartunis tetapi bertukar ke temu duga jawatan animator.

Pada tahun 90-an, jawatan animator adalah istilah yang sangat asing dan dia sendiri tidak faham apa skop kerjanya. Tetapi setelah diterangkan oleh Pengarah Animasi tersebut iaitu Kamn Ismail, maka barulah dia faham dan bersetuju untuk menerima jawatan tersebut.

Kamn Ismail yang merupakan pengarah siri kartun ‘Usop Sontorian’ juga sempat menitipkan pesan buat Marzuki iaitu, “Kartunis melukis untuk majalah, animator pula melukis untuk siaran TV, melukis kartun yang bergerak.”

Setelah puas bergelar animator, pada awal tahun 2000, Marzuki mula beralih arah ke bidang pendidikan dengan mengajar di beberapa kolej dan kini menjawat jawatan pensyarah di Fakulti Animasi dan Multimedia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur.

 

Proses Berkarya

Setiap seniman mempunyai kaedah yang tersendiri dalam berkarya. Bagi Marzuki pula dia akan memulakan karya dengan menulis puisi terlebih dahulu kerana kartunnya bertemakan puisi. 

Marzuki juga gemar untuk melukis siri kartun bisu tiga petak yang sering diletakkan di sudut tepi majalah. Konsep ini ringkas dan mudah buat dirinya. Media pilihanya pula adalah dakwat hitam. 

Selain itu Marzuki juga sering menjadikan kartunis Ujang (Ibrahim Anon) sebagai rujukan ketika berkarya. Siri kartun ‘Aku Budak Minang’ membuka mindanya bahawa kartun bukan sekadar untuk melawak dan ketawa tetapi lebih daripada itu. 

Kartun adalah platform merakam tradisi, budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat untuk dijadikan bahan rujukan orang di zaman akan datang. 

Ketika ini Marzuki juga aktif terlibat dengan persatuan kartunis di bawah Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) dan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS).  

Rumah Kartun dan Komik Malaysia contohnya sangat aktif menjalankan aktiviti pembangunan seni seperti kursus melukis kartun pada setiap hari Sabtu dan Ahad di premis mereka iaitu di Taman Botani Kuala Lumpur.  

Begitu juga dengan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS). Kumpulan ini sering mengadakan acara pameran dan jualan komik di samping membuat kunjungan ziarah dan menyumbang bantuan kepada para kartunis yang kurang bernasib baik.

Menutup perbualan, Marzuki berharap dia akan lebih aktif berpameran dengan lebih kerap di samping dapat menerbitkan buku kompilasi kartun sendiri. - Getaran, 28 Ogos 2021

---

Penulis merupakan Dekan Fakulti Animasi & Multimedia di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Gambar: Ihsan Kartunis Kidol

Isu Pada

Aspirasi Deborah Henry, Marsha Londoh Dan Douglas Lim

28 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled