web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Samy Vellu Umpama 'Jambatan' Antara Tamil Nadu dan Tamil Malaysia - Vairamuthu Ramasamy

Pemergian Samy diratapi oleh komposer, penulis lirik dan lagenda muzik India Selatan, Vairamuthu Ramasamy, yang menyifatkan mendiang sebagai penghubung antara Tamil Nadu dan Tamil Malaysia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 6:14PM

Vairamuthu Ramasamy - Gambar oleh Rubini Nagarajah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

''Hati saya tidak dapat menahan sebak dan saya masih terkejut akan pemergian insan yang saya sayang serta cintai seperti saudara saya sendiri. Justeru itu saya terbang ke Malaysia.''

Itu luahan komposer, penulis lirik dan lagenda muzik India Selatan, Vairamuthu Ramasamy, yang turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mantan Presiden MIC, Tun Dr S Samy Vellu, semalam.

Menurut tokoh tersohor dalam dunia sastera Tamil itu, mendiang Samy merupakan 'jambatan' antara Tamil Nadu dan Tamil Malaysia. 

“Selama kira-kira 29 tahun, Samy telah bekerja dengan baik sebagai seorang menteri serta menguasai banyak bidang termasuk sektor teknologi dan kerja raya. 

“Samy  juga rapat dengan mendiang Ketua Menteri Tamil Nadu, Karunanidhi, bahkan beliau juga mempunyai persahabatan rapat dengan semua pemimpin politik Tamil Nadu,” ujarnya.

Jasad mendiang Samy Vellu dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras, untuk upacara pembakaran. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Jasad mendiang Samy Vellu dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras, untuk upacara pembakaran. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Menurut Vairamuthu lagi, Samy antara salah seorang tokoh yang meraih anugerah berprestij Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) dari kerajaan India. 

“Ia merupakan anugerah tertinggi disampaikan Perdana Menteri India, Narendra Modi, untuk bukan pemastautin India dan warga yang berada di luar negara.

“Selain itu, jambatan Pulau Pinang, Samy akan sentiasa dikenang kerana jasa beliau dalam pembangunan infrastruktur negara ini.

“Malah apa yang dikecapi Malaysia dan kaum India hari ini merupakan antara jerih payah hasil perjuangan dan pengorbanan Samy Vellu, dan ia perlu disyukuri,” katanya.

David Arumugam
David Arumugam

Dalam pada  itu, penyanyi tempatan tersohor, Datuk David Arumugam daripada kumpulan lagenda, Alleycats, turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir buat mendiang Samy. 

“Beliau merupakan seorang tokoh yang begitu baik dan insan yang mulia. Semoga roh mendiang bersemadi dengan tenang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara penghormatan terakhir buat Samy di kediamannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam.

Samy meninggal dunia di kediamannya di Jalan Ipoh, Khamis lalu.

Mendiang yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.

Jasadnya disemadikan menerusi upacara pembakaran di Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras, semalam. - Getaran, 17 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

AR Rahman Tampil Dengan Konsert Memukau Di Stadium Nasional Bukit Jalil

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Kira-Kira 10,000 Penonton Bakal Saksikan Konsert India Pertama Di Malaysia Untuk 2023

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Malaysia Sentiasa Istimewa Di Hati Saya - AR Rahman

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rupa-Rupanya Komposer LY, Guru Bahasa Malaysia Sharifah Shahora Waktu Sekolah Menengah Di JB

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari