web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kira-Kira 10,000 Penonton Bakal Saksikan Konsert India Pertama Di Malaysia Untuk 2023

Komposer muzik India dari Chennai, Tamil Nadu, Harris Jayaraj akan membuat persembahan pertamanya di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 malam.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 8:00AM

Konsert 'Hearts of Harris Live in Kuala Lumpur' menjadi pembuka tirai bagi konsert India yang dijadual berlangsung tahun ini di Malaysia - Gambar Twitter Harris Jayaraj

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 10,000 penonton bakal menyaksikan konsert India pertama di negara ini bagi 2023 berjudul 'Hearts of Harris Live in Kuala Lumpur' Sabtu ini.

Konsert itu menjadi pembuka tirai bagi konsert India yang dijadual berlangsung tahun ini di Malaysia.

Komposer muzik India dari Chennai, Tamil Nadu, Harris Jayaraj akan membuat persembahan pertamanya di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 malam.            

Pemuzik berusia 48 tahun itu mendapat pengiktirafan dunia pertamanya sebagai komposer muzik di Malaysia menerusi album sulungnya 'Minnale' pada 2001.             

Harris akan membawakan 39 lagu yang terdiri daripada melodi menggamit emosi, hits tarian dan lagu instrumental menerusi konsert pertamanya di sini.

“Seramai 14 penyanyi iringan dan 16 pemuzik India akan turut serta menjayakan malam ajaib ini. Setiap lagu akan dihayati penuh emosi dan momen itu pasti dihargai semua,” katanya pada sidang media sempena konsert itu pada Rabu.

Pemuzik itu juga berkata artis Malaysia mempunyai tempat yang istimewa di hatinya, sambil menambah bahawa dia pernah berkolaborasi dengan artis Malaysia melalui albumnya ‘Dhaam Dhoom’ dan ‘Iru Mugan’.

Harris juga merupakan penggubah lagu bagi kebanyakan filem Tamil dan memulakan kerjaya dalam industri muzik sebagai pemain gitar sebelum mengembangkan minat bermain alat muzik lain seperti keyboard dan synthesisers.

Sementara itu, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer selaku penganjur konsert itu berkata empat artis tempatan akan membuat persembahan di pentas yang sama dengan Harris, dengan konsert serupa akan diadakan di Chennai dan London pada masa akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa