web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sentiasa Istimewa Di Hati Saya - AR Rahman

Bintang muzik India yang mencuri hati jutaan orang di seluruh dunia menerusi alunan merdunya, bakal membuat persembahan di Malaysia selepas enam tahun.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 8:02AM

Konsert mega ‘AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023' dijadual berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 28 Januari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi komposer muzik India yang memenangi Oscar AR Rahman, Malaysia akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hatinya.

Beliau turut terharu terhadap kasih sayang dan sokongan yang diterima daripada peminat di Malaysia.

“...Apabila diselubungi rasa rendah diri atau tertekan...saya akan kembali bersemangat apabila terkenang akan peminat saya di Malaysia,” kata komposer muzik yang digelar 'Mozart dari Madras'.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini baru-baru ini bagi mempromosi konsert meganya ‘AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023' yang dijadual berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 28 Januari.

Bintang muzik India yang mencuri hati jutaan orang di seluruh dunia menerusi alunan merdunya, bakal membuat persembahan di Malaysia selepas enam tahun.

"Pertunjukan pertama saya di Malaysia pada tahun 1996 ketika saya masih baru dalam industri, namun saya menerima sokongan luar biasa ketika itu,” katanya.

Komposer muzik dan penyanyi itu memenangi dua Anugerah Akademi pada tahun 2009 untuk Slumdog Millionaire Danny Boyle. Beliau juga menggubah muzik untuk biopik "Pele:Birth of a Legend", kisah berdasarkan legenda bola sepak dari Brazil itu yang meninggal dunia baru-baru ini.

Konsert yang dipersembahkan oleh DMY Creation Sdn Bhd itu juga akan menampilkan barisan artis India yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, pengasas, pengerusi dan penganjur konsert DMY Creation Datuk Muhammad Yusoff berkata kira-kira 60,000 peminat dijangka menghadiri konsert itu.

Untuk pembelian tiket atau pertanyaan boleh layari laman sesawang www.ticket2u.com.my - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa