web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rupa-Rupanya Komposer LY, Guru Bahasa Malaysia Sharifah Shahora Waktu Sekolah Menengah Di JB

Malam kemuncak FFM32 yang berlangsung di Encore Melaka, baru-baru ini telah menemukan Sharifah Sahora dengan bekas guru Bahasa Malaysianya itu setelah 35 tahun. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 11:02AM

Sharifah Shahora bersama suaminya Raja Mukhriz di FFM32 - Gambar Instagram Sharifah Shahora

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hidup memang penuh dengan kejutan. Walaupun bergelumang dalam industri hiburan, ada kalanya kita tidak berpeluang untuk bertemu dengan orang yang kita kenal sebelum bergelar artis.  Namun, peluang itu hanya datang selepas bertahun-tahun. 

Itulah yang berlaku kepada aktres Sharifah Shahora. Pada malam kemuncak Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore Melaka, Jumaat lalu, dia akhirnya dapat bertemu dengan bekas guru bahasa Malaysianya sewaktu menuntut di Sekolah Menengan Kebangsaan Majidee Bahru (SMMB) di Johor Bahru.

Tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya, Sharifah Sahora telah memuat naik hantaran akaun media sosial miliknya. 

“Di FFM32, saya telah menemukan saya dengan cikgu Bahasa Malaysia saya tingkatan 1 - tingkatan 3 di sekolah di Johor Bahru iaitu komposer LY bersama isterinya, Baiduri (penulis lirik). 

“Seronok saya sebab selepas 35 tahun baru dapat berjumpa depan-depan. Ada la beberapa kali rancang dengan kawan-kawan (untuk jumpa) tapi tak jadi. 

“Kebetulan dapat jumpa di FFM32.  Dulu cikgu dan kawan-kawan sekolah panggil saya She-Ra berdasarkan program kartun zaman kita orang. Sebab saya suka ikat rambut ekor kuda. (Nasib baik bukan nama pelik-pelik) . 

“Terima kasih cikgu sebab mendidik saya dulu. Saya happy sangat dapat jumpa cikgu. Untuk kawan- kawan dari SMMB JB, lihatlah. Wajah Cikgu tak banyak berubah,” katanya. 

Dalam hantaran itu, Sharifah Sahora juga memberitahu, ramai rakan sekolahnya itu yang terlibat dalam bidang seni. Antaranya, kumpulan Exist, Roy Azman dan Rebecca Nur Islam. Manakala beberapa lagi, terlibat di belakang tabir. – Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

AR Rahman Tampil Dengan Konsert Memukau Di Stadium Nasional Bukit Jalil

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Kira-Kira 10,000 Penonton Bakal Saksikan Konsert India Pertama Di Malaysia Untuk 2023

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Malaysia Sentiasa Istimewa Di Hati Saya - AR Rahman

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Dinobatkan Pelakon Wanita Harapan FFM32, Layla Sania Mengakui ‘Bersalah’ Apabila Jadi Pemenang 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 15 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...