web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dinobatkan Pelakon Wanita Harapan FFM32, Layla Sania Mengakui ‘Bersalah’ Apabila Jadi Pemenang 

Layla juga mengakui sedih kerana tidak dapat hadir bagi menerima anugerah tersebut kerana jadual lakonan yang padat.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 4:00PM

Layla Sania dinobat sebagai Pelakon Wanita Harapan dalam FFM32 yang berlangsung baru-baru ini. - Gambar Instagram Laylasania

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara  dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Harapan bagi filem Small Town Heroes di Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32)  yang berlangsung baru-baru ini, nama  Layla Sania kembali menjadi perhatian semula. 

Sebelum ini, penyanyi muda ini telah menjadi selebriti Malaysia kedua selepas Yuna yang dipaparkan menerusi papan iklan digital gergasi di New York Times Square, Amerika Syarikat. 

“Sebenarnya, saya amat terkejut apabila nama saya diumum sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Harapan dalam FFM32 yang berlangsung baru-baru ini.

“Malah, saya memang ingatkan pelakon-pelakon yang tersenarai bagi anugerah ini yang akan menang kerana bagi saya, mereka merupakan pelakon yang sangat hebat dan layak untuk menerima anugerah ini.

“Lagipun, macam tak percaya pun ada melihat nama terpampang dalam skrin ketika pengumuman Pelakon Wanita Harapan FFM 32,” ujar pemilik nama sebenar, Layla Sania Khairuzikri, 20. 

Menurut penyanyi yang pernah muncul  yang pernah muncul dengan single debut berjudul ‘Que Sera Sera’ pada Julai tahun lepas, dirinya turut berasa ‘bersalah’ apabila memenangi anugerah dalam kategori tersebut.

Layla Sania - Gambar Instagram
Layla Sania - Gambar Instagram

“Sejujurnya, bagi saya ramai sangat pelakon-pelakon baharu yang di luar sana yang lebih berbakat dan hebat dan saya pula baru sahaja berlakon dalam sebuah filem. 

“Namun, saya bersyukur kerana dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pelakon Wanita Harapan dan ia akan jadi pembakar semangat buat saya untuk terus berkarya lagi dalam industri seni ini.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang memberikan peluang untuk saya menerokai bidang lakonan,” ujarnya.

Pelakon muda tersebut turut berkongsi, bahawa dirinya sedih kerana tidak dapat hadir bagi menerima anugerah tersebut kerana jadual lakonan yang padat.

“Ketika pengumuman bagi pemenang dibuat di FFM32 itu, saya tidak sempat hadir kerana ‘schedule’ saya yang pack buat masa sekarang, dan saya tahu saya menang anugerah selepas ibu saya call and tell me that I won the award.

“Bagi diri saya, sebagai pelakon baharu, dicalonkan dalam katergori Pelakon Wanita Harapan dalam FFM32 itu sudah cukup membanggakan dan dianggap kejayaan peribadi, jadi apabila saya dinobatkan pemenang itu saya anggap sebagai rezeki dalam career lakonan saya ini,” tambahnya. 

Dalam perkembangan lain, Layla Sania kini terlibat dengan drama Melayu pertamanya dengan membawa watak antoganis yang akan ditayang pada pertengahan tahun 2023. – Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 9 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...