web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Protes #ManaKapalLCS: Setiausaha Agung MUDA Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 4:24PM

Amir Abd Hadi mengesahkan beliau akan didakwa esok di Mahkamah Kuala Lumpur, susulan perhimpunan protes #ManaKapalLCS baru-baru ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Abd Hadi mengesahkan beliau akan didakwa esok di Mahkamah Kuala Lumpur, susulan perhimpunan protes #ManaKapalLCS berhampiran kompleks beli-belah, Sogo di sini, baru-baru ini.

Menerusi ciapannya di Twitter, Amir berkata, beliau menerima makluman itu daripada peguamnya dan akan didakwa pada jam 9 pagi mengikut Akta Perhimpunan Aman.

“Baru dihubungi oleh peguam (Beatrice dan Raj). Esok jam 9 pagi saya akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, di bawah Akta Perhimpunan Aman, berkaitan himpunan #Mana Kapal LCS.

“Kita akan terus #Lawan,” ciapnya.

Selain pengguna media sosial, perkongsian Amir itu turut menerima respon daripada beberapa pemimpin politik, termasuk Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Solidariti bersama saudara @amirxabdhadi atas protes #Mana KapalLCS! Bawa jerung-jerung besar politik ke muka pengadilan bukan rakyat! Kita akan terus #Lawan!,” tulisnya menerusi akaun Twitter @SyedSaddiq.

Syed Saddiq turut berkongsi poster yang menunjukkan solidariti kepada Amir berhubung dakwaan bakal dikenakan ke atasnya itu.

“Protes Mana Kapal LCS, Solidariti Bersama Amir Hadi, Setiausaha Agung MUDA, 26 Ogos, Mahkamah Kuala Lumpur, 9 pagi,” menurut poster itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman menerusi akaun @youngsyefura meminta Amir terus berjuang dalam isu terbabit.

“Lawan!,” tulisnya ringkas.

Pengerusi Biro Media Sosial DAP, Syahredzan Johan turut memberikan reaksi sama sebagai menunjukkan sokongannya supaya Amir terus ‘melawan’.

“Terus lawan, saudara Amir,” komennya.

Manakala beberapa pengguna media sosial, seolah-olah menyifatkan tindakan untuk mendakwa Amir sebagai cubaan ‘mengunci mulut’ pihak yang memperjuangkan salah laku pemimpin di Malaysia.

“Apabila usul ditolak tanpa ditimbang, suara dibungkam, kritik dilarang tanpa alasan, dituduh subversif dan mengganggu keamanan, maka hanya ada satu kata: LAWAN!,” ujar seorang pengguna.

“Mereka ingin bisukan suara rakyat yang sayangkan Malaysia. Solidariti bersama saudara @amirxabdhadi,” ciap seorang pengguna lain.

Pada 14 Ogos lalu, kira-kira 200 orang berhimpun di luar kompleks beli-belah itu, bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang didakwa terbabit salah urus projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dalam satu perhimpunan jalanan.

Berlangsung satu setengah jam, perhimpunan itu diadakan secara aman tanpa sebaran insiden tidak diingini yang menyaksikan peserta melaungkan ketidakpuasan hati sambil memegang sepanduk, plakad dan kain rentang tertera beberapa slogan, antaranya ‘keselamatan negara terancam kesiagaan TLDM terjejas’, ‘H20 letak jawatan’, ‘siasat di mana kapal!’ serta ‘mana kapal LCS’.

Perhimpunan itu diadakan susulan pendedahan berkaitan projek berkenaan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 11 Ogos lalu.

Dalam laporan itu, PAC mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab dalam skandal terbabit, berdasarkan penemuan yang menunjukkan bahawa sejumlah RM6 bilion sudah dibelanjakan bagi membina enam LCS, namun masih belum disiapkan sejak projek bermula pada tahun 2013.

Malah, perhimpunan itu menggesa Putrajaya memenuhi tiga tuntutan, iaitu siasatan segera ke atas skandal LCS, peletakan jawatan Hishammuddin dan menjawab surat teguran mantan Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berhubung projek itu.

Selain Amir yang juga pengasas bersama MUDA, pemimpin lain yang hadir pada perhimpunan itu adalah Syed Saddiq dan Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Terdahulu, Getaran melaporkan, polis turut memanggil 13 peserta #ManaKapalLCS, bagi memberi keterangan berhubung pembabitan mereka dalam acara itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan satu aktiviti perhimpunan tidak mematuhi peruntukan undang-undang di lokasi berkenaan.

“Hasil pemerhatian dilakukan mendapati kira-kira 60 individu menyertai protes (berkenaan), termasuk dalam kalangan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 2 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad