web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 8:44AM

Syed Saddiq dan Abe Lim sebagai penghias muka depan majalah mewah Prestige Malaysia - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan pengunduran dari blok kerajaan, nama Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi buah mulut netizen.

Kali ini, ia melibatkan penampilan beliau sebagai penghias muka depan majalah golongan ‘aristokrat’, Prestige Malaysia.

Digandingkan bersama Abe Lim, penampilan Syed Saddiq itu dianggap tidak selari dengan aspirasi perjuangannya yang mahu membawa suara rakyat marhaen.

Buat yang mungkin masih tidak tahu, Abe Lim adalah aktivis alam sekitar dan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama mewakili MUDA, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Pemerhati politik bebas, Izmil Amri yang bergerak menggunakan akaun @The_Mamu di aplikasi X berkata, dia dimaklumkan mengenai gambar muka depan majalah tersebut oleh rakan-rakannya.

“Kawan2 parti Muda forward sambil facepalm. "Pre-wedding photoshoot ka?" depa tanya, mengekek sakan. 

“Saya tak mau kata apa selain berdoa supaya hangpa ada sedikit common sense. Takdak sapa nasihat ka? Hilang akai ka? Entah. Serabut,” katanya.

Ciapan Izmil itu pantas menerima respon netizen sealiran, yang menjadikan isu berkenaan sebagai satu jenaka.

Hanimomo di @hanimomo berkata, alam percintaan sememangnya sukar dinilai secara waras.

“Mamu, inilah percintaan. Tak ada logika,” katanya sinis.

Biar tidak menyatakan secara terus terang, ciapan Hanimomo itu menggambarkan bahawa Ahli Parlimen Muar itu tidak seharusnya bersetuju untuk publisiti sedemikian, kerana boleh memberikan persepsi yang salah dalam kalangan masyarakat, khususnya pengundi.

Anas di @anasmm pula berkata, perkembangan itu memberi petanda buruk kepada arena politik negara.

“Gila kalau ini masa depan politik negara. Rina Harun pun kalah,” katanya.

Sekadar info, mantan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dulu pernah dikecam hebat kerana mengadakan sesi penggambaran, sewaktu negara sedang berdepan pelbagai krisis akibat pandemik COVID-19. - Getaran, 5 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Syed Saddiq: Mahkamah Persekutuan Arah Kedua Pihak Fikir Semula

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad