web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hakim Mahkamah Rayuan Minta Peguam Najib Hormati Hakim, Guna Perkataan Sopan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 3:06PM

Muhammad Shafee hadir bagi pendengaran rayuan anak guamannya terhadap sabitan dan hukuman berkaitan penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Rayuan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menasihati peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah supaya menggunakan kata-kata sopan semasa menggambarkan hakim yang mensabitkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap tuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Dana Bhd.

Abdul Karim, yang mengetuai panel tiga hakim memberitahu Muhammad Shafee bahawa beliau boleh menggunakan ungkapan seperti “terkhilaf dari segi undang-undang” dan “tersalah arah” untuk menunjukkan kelemahan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Saya rasa jika kita boleh menggunakan kata-kata yang lebih baik dengan menghormati hakim yang bijaksana ... cari kata sifat yang lebih baik untuk menggambarkannya. Selain daripada mengatakan “meracuni penilaiannya”, “sangat tidak cekap”, boleh anda cari perkatan lain? Hormatilah hakim.

“Guna kata-kata seperti terkhilaf, beliau telah melakukan kesilapan, telah salah arah, bukan dengan mengatakan sangat tidak cekap,” kata Abdul Karim, yang mendengar rayuan Najib itu bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Muhammad Shafee: Bolehkah saya katakan bahawa hakim bijaksana itu telah menunjukkan ketidakcekapan.

Abdul Karim: Ya.

Sebelum itu, Muhammad Shafee dalam hujahnya pada prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC itu, berkata hakim yang mendengar kes itu tidak berwibawa ketika membuat keputusan terhadap anak guamnya.

“Bolehkah kita katakan dengan penuh rasa hormat, bahawa hakim yang bijaksana itu sama sekali tidak cekap dalam kes ini, dan satu-satunya penjelasan yang dapat saya buat mengenai bagaimana kesilapan seperti ini boleh berlaku. Itu membawa kepada sama ada kami telah mendapat perbicaraan yang adil dalam kes ini.

“Sekarang, saya ingin menambah satu lagi alasan iaitu dengan memasukkan apa yang tidak seharusnya ada dalam alasan penghakiman dan rekod prosiding, memandangkan dalam penemuan prima facie ada unsur yang sebelumnya tidak ada tetapi seperti telah ada. Apakah hakim telah meracuni alasan penghakimannya?

“Adakah racun berlaku dalam alasan penghakimannya bahawa Yang Arif (mahkamah ini) perlu melihat kembali alasan-alasan yang baharu, kita semua. Itu satu lagi persoalan yang ingin saya ajukan,” kata peguam itu.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri itu, setelah mendapati beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan, melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC. 

Prosiding rayuan bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 10 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 14 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran