web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Punca Kematian Kanak-kanak Belum Dikenal Pasti

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2021 10:02AM

Md Tarmidi Yaacob, 52, menunjukkan gambar kenangan bersama anak angkatnya yang meninggal dunia dipercayai didera - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Proses bedah siasat kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini, Jumaat lepas selesai dilaksanakan malam ini selepas hampir 11 jam dijalankan, namun punca kematian mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata, pakar forensik masih memerlukan maklumat lanjut dan perlu melakukan beberapa ujian makmal, bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Beliau berkata beberapa spesimen dari organ badan mangsa seperti paru-paru, jantung dan hati telah diambil, bagi menjalankan ujian lanjut dan ia dijangka mengambil suatu tempoh masa tertentu, yang belum dapat dipastikan.

Katanya terdapat kecederaan di seluruh angota badan mangsa terutama di bahagian belakang termasuk lebam baharu dan lama, selain luka kecil baharu di bahagian belakang kepala mangsa.

“Siasatan awal mendapati kecederaan itu berpunca daripada objek tumpul, namun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui sama ada kecederaan itu disebabkan mangsa sendiri jatuh atau kelakuan mana-mana individu.

“Justeru terlalu awal untuk mengesahkan punca kematian mangsa akibat didera seperti yang didakwa sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Hospital Melaka di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan itu mendapati, mangsa baharu meninggal dunia kira-kira dua jam ketika ditemui pihak polis di rumahnya pada hari kejadian, sekali gus menolak tuduhan pelbagai pihak bahawa mayat mangsa ditemukan dalam keadaan kembung.

Katanya jenazah kanak-kanak malang itu dijangka akan diserahkan kepada waris sah mangsa pada esok pagi, selepas beberapa prosedur wajib dilaksanakan.

Mohd Sukri berkata pihaknya juga belum mendapat maklumat sahih, di mana kanak-kanak itu akan dikebumikan.

Jumaat lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya, dalam satu kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.

Kanak-kanak itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Mangsa sebelum ini dibesarkan keluarga angkatnya yang tinggal di Rawang, Selangor ketika masih bayi sebelum ibu kandung mangsa mengambilnya semula untuk dijaga, pada Oktober tahun lepas.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Kematian Kanak-Kanak: Suami Isteri Direman 7 Hari

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dera Anak Hingga Mati, Bekas Tentera Dihukum Gantung

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Dera Dirawat Sebelum Diserah Kepada Waris Layak, Sesuai

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad