web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dera Anak Hingga Mati, Bekas Tentera Dihukum Gantung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 3:00PM

Mohamad Abdullah (tengah) didakwa menendang dan memijak anaknya yang ketika itu berusia sembilan tahun - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang bapa dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dia didapati bersalah mendera anak perempuannya sehingga mati, lima tahun lepas.

Hakim Datin Rohani Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Abdullah Mohamed, 41, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohammad Abdullah yang merupakan bekas anggota tentera dituduh membunuh Nur Aina Nabihah yang berusia sembilan tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Lukut, Port Dickson antara 8.30 malam hingga 11.30 malam, 31 Jan 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. 

Hakim Rohani berkata secara keseluruhannya, keterangan yang diberikan dalam pembelaan mendapati ia hanyalah penafian semata-mata.

"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman mati ke atas kamu (Mohammad Abdullah) yang kamu diperintahkan digantung di leher sehingga mati pada tarikh yang ditetapkan kelak," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Maleeha Syed Hussin dan Ala'uddin Baharom, manakala tertuduh diwakili dua peguam.

Terdahulu, Sharifah Maleeha menyatakan kepada mahkamah bahawa tindakan kejam Mohammad Abdullah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian abdomen selain tertuduh tergamak memijak serta menendang anak kandung itu sehingga maut.

"Terdapat 32 kecederaan luaran dan pelbagai kecederaan dalaman si mati, terutamanya di bahagian kepala, leher dan abdomen. Pemeriksaan juga mendapati terdapat banyak pendarahan dalam abdomen disebabkan kesan luka di hati, pankreas dan ginjal.

"Kanak-kanak perempuan ini dipijak dan ditendang oleh bapa kandungnya sendiri, perbuatan ini tanpa belas kasihan...di mana sifat seorang ayah yang sepatutnya melindungi, menjaga dan memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya," katanya.

Peguam tertuduh pula memohon hukuman penjara paling mininum diberikan kepada anak guamnya bermula pada tarikh dia ditangkap.

Seramai 19 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Kisah Seorang Bapa: Inspirasi Dan Legasi

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan