web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sedia Pelan Sokongan Jika Terpaksa Tangguh Penggunaan Vaksin AstraZeneca

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 5:39PM

Seorang ahli farmasi menyediakan satu dos vaksin AstraZeneca di sebuah farmasi di Savenay, barat Perancis pada 2 April. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan mempunyai beberapa pelan sokongan jika terpaksa menangguhkan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perancangan itu dibuat sekiranya vaksin tersebut didapati tidak sesuai untuk digunakan di negara ini.

“Kalau kita terpaksa tunda atau sekiranya mendapati bahawa AstraZeneca tidak sesuai, kita ada beberapa perancangan lain (pelan sokongan). Sebagai contoh, kita ada satu tawaran dari Pfizer-BioNTech untuk tambah lagi 12.8 juta dos, iaitu tambahan daripada yang telah kita tempah iaitu lebih kurang 30 juta dos.

“Ini adalah masih lagi dalam  pelan sokongan sekiranya ia (AstraZeneca) tidak boleh dipakai,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad di Bangunan Dato Jaafar di sini, hari ini.

Jelasnya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan bagi mendengar laporan daripada kumpulan pakar mengenai perkembangan vaksin berkenaan.

Beliau berkata, kumpulan pakar di Malaysia sedang mengikuti perkembangan vaksin tersebut dan mengambil maklum mengenai beberapa kes pembekuan darah, yang dikenal pasti oleh badan kawal selia dari United Kingdom.

“Tetapi kita masih lagi sedang melihat data tersebut, dan apa sahaja keputusan berkenaan penggunaan vaksin ini akan kita maklum kemudian,” katanya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Malaysia dijadual mula menerima penghantaran vaksin AstraZeneca pada Mei iaitu melibatkan tempahan 6.4 juta dos bagi penggunaan 3.2 juta rakyat.

Bagaimanapun, Khairy menasihati orang ramai supaya tidak bimbang, kerana Malaysia ketika ini masih menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac.

Dalam pada itu, beliau berkata vaksin COVID-19 Novavax juga merupakan antara vaksin yang sedang dipertimbang kerajaan, dan dalam rundingan dengan pengeluarnya.

Ketika ditanya mengenai varian baharu COVID-19 iaitu South African B.1.351 yang dikesan di Malaysia baru-baru ini, beliau berkata pihaknya sedang mempertimbang untuk menambah vaksin yang dilihat berkesan terhadap varian agresif itu, seperti vaksin keluaran Pfizer-BioNTech, Novavax dan Johnson & Johnson.

Khairy berkata, pihaknya akan terus memantau dan membuat lebih banyak analisis genom virus yang dikesan, bagi mengetahui kes-kes varian di negara ini.

Sementara itu Hasni berkata, kerajaan negeri Johor akan membangunkan sebuah aplikasi khas bagi pendaftaran vaksin COVID-19 rakyat negeri ini yang bekerja dan berulang-alik dari Malaysia ke Singapura yang dikenali sebagai ‘Immu Plan Johor’, termasuk pelajar serta penjaga mereka.

“Pada peringkat awal aplikasi ini adalah untuk mereka yang bekerja di sana dan juga pelajar termasuk penjaga mereka. Jumlah awal yang kita bincangkan dan kemuka permohonan kepada MOSTI adalah melibatkan seramai 100,000 individu untuk pendaftaran vaksin ini,” katanya.

Pada masa yang sama Hasni berkata, kerajaan negeri sentiasa bersiap sedia dan berupaya dalam memastikan golongan itu menjadi keutamaan dalam menerima suntikan vaksin.

Sementara itu Khairy mengalu-alukan cadangan Kerajaan Negeri Johor bagi pembangunan aplikasi berkenaan.

“Apa yang kita lihat, kita boleh integrasikan senarai pendaftaran daripada aplikasi ini dengan MySejahtera … tidak ada masalah.

“Jadi aplikasi ini digunakan untuk menyenaraikan mereka yang berulang alik dari Singapura dan kita boleh juga ambil data itu serta dimasukkan ke dalam MySejahtera untuk beri mereka janji temu vaksin,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad