web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Tahun Menyulam Cinta, Nurul Izzah - Shao Loong Diijab Kabul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 6:59AM

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengikat tali perkahwinan malam tadi dengan Yin Shao Loong dalam satu majlis tertutup - Gambar Facebook Nurul Izzah Anwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengikat tali perkahwinan malam tadi dengan Yin Shao Loong dalam satu majlis tertutup di sini yang dihadiri rakan rapat dan ahli keluarga.

Nurul Izzah yang dilantik sebagai Naib Presiden baharu PKR ialah anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis akad nikah berlangsung di kediaman keluarga itu di Bandar Sungai Long, Kajang.

Shao Loong, 46, ialah penyelidik bersekutu kanan di Institut Penyelidikan Khazanah.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor semasa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerajui negeri itu.

Shao Loong juga pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Institut Pemikir PKR yang diketuai Nurul Izzah.

Beliau pernah berkahwin dengan Pengarah Filem, Tan Chui Mui. 

Bagaimanapun, pasangan yang mempunyai seorang anak lelaki itu bercerai dua tahun lalu.

Nurul Izzah, 42, pula berkahwin dengan ahli perniagaan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di kediaman ibu bapanya di Segambut pada 2003 tetapi bercerai pada 15 Januari 2015.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu seorang perempuan berusia 15 tahun manakala yang lelaki pula berusia 13 tahun.

Seorang rakan keluarga terdekat berkata, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Wan Azizah amat gembira untuk Nurul Izzah dan merestui perkahwinan itu dengan mengadakan majlis akad nikah di kediaman mereka.

“Keluarga sangat gembira kerana Izzah telah menemui kebahagiaan semula. Kami mendoakan perkahwinan mereka berdua diberkati Allah,” katanya.

Nurul Izzah menjadi tumpuan politik pada usia 18 tahun apabila Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dan dipenjarakan atas dakwaan rasuah dan menghalang siasatan terhadap tuduhan meliwat.

Aktivisme politiknya menjadikan Nurul Izzah sebagai Puteri Reformasi ketika ibunya mengetuai PKR, parti ditubuhkan oleh ibu bapanya untuk menentang Barisan Nasional dan UMNO. – The Vibes, 6 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pengurus Kelab Malam Dipenjara 2 Hari, Denda RM17,000 Memandu Ketika Mabuk

oleh Amirah Abu Bakar