web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir Sejuta Dos Sinovac Akan Diberi Pada Rakyat Malaysia Hujung Bulan Ini

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 8:25AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir satu juta dos vaksin Sinovac dijangka diberikan kepada rakyat Malaysia pada hujung bulan ini selepas negara memulakan pemberian vaksin dari China itu pada 18 Mac lepas.

Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata perkara itu dapat dilaksanakan setelah data proses validasi (PV) pengilangan kelompok dan data kajian kestabilan vaksin dapat disediakan pertengahan April ini, bagi melengkapkan permohonan pendaftaran sebelum diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Setakat hari ini kita telah menyediakan hampir 200 ribu vial vaksin yang telah diedarkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM). Kita juga dalam proses mendapatkan kelulusan NPRA untuk produk ‘fill and finish’ yang sekarang ini berada di kilang kita lebih kurang 300,000 dos.

“Pada masa yang sama juga kita telah menerima lebih kurang 400 liter (vaksin) lagi dan akan kita membuat proses fill and finish itu di kilang kita,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan Pharmaniaga.

Zulkarnain berkata sasaran itu sekali gus dapat memenuhi hasrat kerajaan yang menjangkakan Pharmaniaga mampu mengeluarkan dua juta dos vaksin Sinovac setiap bulan bagi menjamin aspek bekalan yang stabil di Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun berkata kerjasama MARA, Pharmaniaga dan Macro Tech Ventures Sdn Bhd melalui MoU itu bertujuan memajukan usahawan selain melengkapkan ekosistem perniagaan yang kondusif serta meluaskan rantaian bekalan ubatan dan peralatan farmaseutikal bagi menjana sosioekomi Bumiputera agar lebih mampan.

“MARA menandatangani MoU bersama dengan Pharmaniaga kerana dalam zaman sekarang ini khususnya apabila kita berhadapan dengan pandemik COVID-19, kita dapati bahawa ubat-ubat dan kesihatan itu penting.

“Begitu juga dengan Macro Tech ataupun Dropee, ia adalah satu platform untuk peniaga kita secara dalam talian perniagaan ke perniagaan untuk memajukan lagi perniagaan mereka selain dapat membesarkan rantaian mereka bukan hanya bersemuka tapi secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Macro Tech Ventures Sdn Bhd, Aizat Rahim berkata kerjasama dengan MARA itu dapat membantu perniagaan bumiputera di luar bandar memasarkan perniagaan dan menjimatkan kos operasi.

“... dengan agensi sebesar MARA, bekerjasama dengan Dropee akan membantu mencapai banyak perniagaan bumiputera luar bandar yang boleh menyertai bagi menjimatkan lebih banyak kos operasi mereka selain untuk membantu mereka mendigitalkan dan meningkatkan sebahagian penjualan mereka di bawah platform,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kegagalan 104 Ventilator, Tiada Perjanjian Bertulis Antara KKM, PLSB - PAC 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pharmaniaga Komited Hantar Ubat Ke Lokasi Pedalaman, Terpencil

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Harus Kawal Semula Pengeluaran Ubat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ejen Hartanah Rugi RM7.8 Juta, Duit ‘Disonglap’ Macau Scam

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad