web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Harus Kawal Semula Pengeluaran Ubat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 1:12PM

Semua pengeluaran ubar generik perlu dikawal semula kerajaan, dengan meletakkan pembekal farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad di bawah bidang kuasanya - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua pengeluaran ubar generik perlu dikawal semula kerajaan, dengan meletakkan pembekal farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad di bawah bidang kuasanya.

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata, langkah itu seperti dilaksanakan sebelum ini, boleh mengurangkan perbelanjaan membeli ubat-ubatan.

Terdahulu, makmal dan stor ubat Kementerian Kesihatan (KKM), mengeluarkan ubat generik untuk hospital kerajaan.

Namun, ia diswastakan di bawah perjanjian konsesi dengan sebuah syarikat swasta yang menjadi Pharmaniaga.

Beliau berkata, entiti yang diswastakan untuk perolehan ubat akan berusaha memaksimumkan keuntungan.

“Jadi kos ubat-ubatan mungkin 10 peratus hingga 20 peratus lebih mahal kerana syarikat swasta terpaksa menjaga pemegang saham mereka.

“Kerajaan boleh menyelaras perolehan ubat untuk mendapatkan ubat generik lebih murah, tetapi lebih berkualiti,” kata pegawai perubatan itu seperti dilaporkan FMT.

Ahli Parlimen Sungai Siput selama dua penggal itu berkata, harga saham rendah Pharmaniaga ketika ini adalah peluang baik untuk kerajaan membeli syarikat berkenaan.

Harga saham Pharmaniaga merosot daripada 44 sen kepada sekurang-kurangnya 22 sen, selepas diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) oleh Bursa Saham Februari lalu, menandakan ia mengalami tekanan kewangan.

Syarikat itu mencatatkan kerugian bersih terbesar RM664.39 juta pada suku keempat tahun kewangan 2022, dengan peruntukan RM552 juta bagi stok vaksin COVID-19 tidak terjual sehingga mendorong ia dikategorikan PN17.

Pharmaniaga adalah pemegang konsesi untuk penyediaan ubat dan bekalan perubatan kepada hospital dan klinik kerajaan.

Syarikat itu juga berperanan mendapatkan bekalan lebih satu pertiga atau lebih 700 ubat berjenama dan generik kerajaan.

Sebelum ini, mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye dilaporkan berkata, baki dua pertiga bekalan ubat datang daripada syarikat seperti Zuellig Pharma Sdn Bhd dan DKSH (M) Sdn Bhd.

Katanya, perjanjian konsesi Pharmaniaga dijangka berakhir Jun dan terpulang kepada kerajaan sama ada akan melanjutkan atau membukanya kepada vendor lain. – Getaran, 3 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Operasi Pangea XVI 2023: 1,675 Pautan Jual Produk Farmaseutikal Terlarang Disekat 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tembak Bukan Penyelesaian, Perlu Ada Kerjasama Kawal Populasi Buaya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kegagalan 104 Ventilator, Tiada Perjanjian Bertulis Antara KKM, PLSB - PAC 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan