web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemalangan Maut: Hilang Ibu Ayah, Kakak, Abang Ipar, Anak Saudara Sekelip Mata

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 3:30PM

Tragedi di Gerik yang membabitkan dua kenderaan dan mengorbankan lima nyawa. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GERIK - Memori menghadiri konvokesyen menjadi kenangan terakhir bagi Muhammad Naim Mohd Rodhi sebelum ibu dan bapanya maut dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, petang semalam.

Anak bongsu berusia 26 tahun itu berkata dia menerima panggilan daripada ahli keluarganya pada petang semalam yang memaklumkan mengenai kemalangan tersebut yang turut mengorbankan kakak, abang ipar dan anak saudaranya.

“Saya terkejut dan tidak sangka mereka semua terlibat dalam kemalangan itu. Kali terakhir saya berjumpa dengan ibu dan ayah sewaktu mereka menghadiri majlis konvokesyen saya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sebulan lalu.

“Masa tu saya tidak nampak apa-apa perubahan ayah dan ibu. Saya reda dengan takdir yang menjemput mereka,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu dalam keadaan sedih ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gerik di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang semalam, lima yang maut ialah Mohd Rodhi Othman, 64, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, Ahmad Khomaini Baba, 32; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32 dan Zara Hana Ahmad Khomaini, enam tahun apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki bertembung dengan trak pikap Toyota Hilux.

Difahamkan sebelum itu keluarganya dalam perjalanan pulang ke Butterworth selepas menghantar ahli keluarga mereka mendaftar masuk di sebuah sekolah pondok di Pasir Tumboh, Kelantan awal pagi semalam.

Muhammad Naim yang bekerja sebagai penjaga padang di Shah Alam, Selangor berkata kesemua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua, Butterworth petang ini.

Sementara itu, seorang lagi keluarga mangsa, Ahmad Afif Baba, 30, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan abangnya, Ahmad Khomaini pada Hari Raya Aidiladha di Dungun, Terengganu baru-baru ini.

“Saya mendapat berita kemalangan itu daripada kakak ipar saya dari Kuala Kangsar dan saya difahamkan mereka dalam perjalanan balik dari Kelantan ke Pulau Pinang. “Saya reda dan terima suratan takdir ini,” katanya.

Dalam pada itu suasana muram menyelubungi Unit Forensik, Hospital Gerik apabila ahli keluarga mangsa datang untuk menuntut jenazah mangsa sejak awal pagi tadi.

Kelihatan juga Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood yang membantu untuk mempercepatkan urusan menuntut jenazah dan menurutnya, empat van digunakan bagi membawa jenazah sejak jam 11.30 pagi tadi untuk dikebumikan di Sungai Dua, Butterworth. - Bernama

TAG: polis, Gerik, Hilux, Alza, UiTM, kemalangan, Kelantan

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

3

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 3 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad