web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Luluskan Penggunaan Sistem Kesan Maklumat Pelarian UNHCR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 4:20PM

Hamzah Zainudin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LARUT - Kerajaan meluluskan Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian (TRIS) untuk diguna pakai secara besar-besaran terhadap semua pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam kalangan pelarian (UNHCR) di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Jemaah Menteri telah meluluskan sistem tersebut semalam bagi memastikan segala data individu yang memegang kad UNHCR didaftarkan semula dengan TRIS bagi mengenal pasti keberadaan pelarian dan pelaporan kepada negara.

“TRIS ini juga dapat memastikan mereka yang tinggal di negara kita bagi tujuan bekerja atau melakukan perkara lain dapat dipertingkatkan melalui polisi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Townhall pada program Hari Kita Demi Negara Zon Utara anjuran Kementerian Dalam Negeri di Dewan Astaka, Batu Kurau di sini hari ini.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata TRIS telah melalui beberapa siri percubaan sejak beberapa tahun lepas, namun baru diberikan kelulusan untuk melaksanakannya secara besar-besaran.

Katanya pelaksanaan bagi menjalankan TRIS diberikan kepada sebuah syarikat yang antara lain bertujuan untuk memastikan segala data pelarian khususnya mengenai lokaliti penempatan mereka diketahui.

TRIS merupakan sistem pangkalan data Malaysia, yang berkaitan dengan status pemegang kad UNHCR dan pencari suaka selain bagi mengemas kini proses pengurusan dan profil bersama-sama dengan proses pengumpulan data, pendaftaran, penyimpanan profil, analisis dan pelaporan untuk Kerajaan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai seorang pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri di pulau peranginan Phuket sebaik beliau dimaklumkan mengenai keputusan ujian saringannya, Hamzah berkata perkara itu diserahkan kepada pihak polis untuk mengesan pesakit berkenaan sekiranya terdapat cubaan masuk ke Malaysia.

Semalam, Bernama melaporkan pegawai kesihatan dan pihak berkuasa Thailand sedang mempergiat usaha untuk mengesan lelaki berusia 27 tahun itu untuk memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya dan membendung penularan penyakit berkenaan. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Dulu Penyokong, Sekarang Saya Musuh Nombor 1 Muhyiddin’ - Hamzah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad