web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misteri Kehilangan Zalina: Penyebar Berita Palsu Bakal Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 6:02PM

Individu atau pihak yang terbabit menyiarkan maklumat atau berita palsu berkaitan kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman bakal berdepan tindakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Individu atau pihak yang terbabit menyiarkan maklumat atau berita palsu berkaitan kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman bakal berdepan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya sedar bahawa terdapat pelbagai spekulasi dan maklumat palsu mengenai kes ini yang sedang bertebaran di media sosial.

Malah, ada beberapa pihak yang mempertikaikan tindakan polis kerana dikatakan mengambil waktu terlalu lama untuk membuat hebahan mengenai kehilangan personaliti berkenaan. 

“Individu tidak bertanggungjawab seperti ini hanya mempersulit siasatan pihak polis. Mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan sekiranya didapati bersalah, boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini hari ini. 

Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan dan sebarang perkembangan kes ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.

“Tak ada apa nak sorok pun. Kami membuat siasatan berdasarkan prosedur yang sepatutnya. Sekiranya ada maklumat terbaharu, pasti kami akan beritahu kepada media dan masyarakat,” katanya. 

Mengulas lanjut mengenai kehilangan Zalina, beliau berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan keluarga mangsa dan sehingga kini, masih tiada maklumat baharu yang diterima.

“Berdasarkan maklumat yang diberi anak lelaki mangsa, mereka memang sudah lama tidak berjumpa dan hanya berhubung kira-kira sebulan sekali untuk bertanya khabar.

“Memang dia (anak lelaki) ada menghubungi mangsa setiap bulan namun mereka jarang bertemu, sehinggalah kedatangan pemuda itu ke kediaman ibunya dan mendapati, mangsa tiada di rumah,” katanya.

Iqbal memberitahu, kedua-dua anak mangsa tinggal bersama bekas suami dan mangsa tinggal di seorang diri di rumah berkenaan.

“Kediaman atau kawasan sekitarnya juga tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh digunakan untuk membantu siasatan,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

4

Semasa 3 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad