web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rekod Imunisasi Kanak-Kanak, Saringan Kesihatan Kini Di MySejahtera Berwajah Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 6:39PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Rekod imunisasi kanak-kanak dan saringan kesihatan kini dipaparkan di aplikasi MySejahtera yang telah ditambah dan dikemas kini dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik,  kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata justeru pengguna tidak perlu bimbang kerana langkah-langkah meningkatkan ciri keselamatan dibuat secara berterusan malah ciri-ciri baharu yang dipaparkan itu boleh dilihat sebaik aplikasi MySejahtera dikemas kini.

“Tiada pencerobohan data peribadi yang disimpan Kementerian Kesihatan (KKM), bukan disimpan mana-mana pihak lain. Data ini hanya dikongsi oleh akaun MySejahtera anda sahaja. Ini antara lain membolehkan rekod kesihatan hasil daripada pemeriksaan kesihatan dipaparkan di telefon.

"Pada masa yang sama, ciri baharu untuk rekod imunisasi kanak-kanak, bermula dengan bayi yang dilahirkan pada 1 Julai 2022 juga akan turut dipaparkan pada aplikasi MySejahtera," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Jelasnya, ciri baharu itu adalah langkah awal kementerian untuk platform MySejahtera digunakan bagi pendigitalan maklumat kesihatan yang disimpan secara manual.

Menurutnya, bagi fasa kedua, buku merah jambu (buku janji temu) yang dimiliki oleh ibu dan bayi mereka (untuk merekodkan perkembangan bayi) juga akan dimasukkan ke dalam MySejahtera dan fasa berikutnya pula melibatkan buku merah atau buku derma darah (Perkhidmatan Transfusi Darah Kebangsaan).

Khairy dalam ciapannya tujuh jam lepas, memaklumkan aplikasi MySejahtera kini berwajah baharu membolehkan pengguna memantau rekod kesihatan masing-masing selain rekod saringan kesihatan dan imunisasi anak.

Dalam pada itu ditanya mengenai Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam yang dikeluarkan semalam, Khairy berkata ia tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan awam negara.

Jelasnya, ini kerana penjimatan yang akan dibuat KKM, tidak berkaitan soal utama seperti pembekalan ubat-ubatan sebaliknya kepada perkara lain seperti membuat program di fasiliti sendiri dan bukannya di hotel atau menggunakan katerer mewah dan sebagainya. 

Dilapor, garis panduan itu antara lain menyatakan bahawa kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun persekutuan serta syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) hendaklah menyusun semula program atau aktiviti dan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan tanpa menjejaskan program dan aktiviti yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad