web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Ladang Parah Dipijak Gajah Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 4:44PM

Gambar hiasan dari Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja yang parah akibat dipijak gajah liar ketika bertugas di Ladang Semantan, Mentakab, Pahang akhirnya meninggal dunia pagi tadi.

Mengesahkan perkara itu, Pengurus Besar MPOGCF, Zamakhshari Muhamad berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bertugas di Ladang Semantan, Mentakab dan mengalami kecederaan serius pada bahagian badan serta patah pergelangan kaki kiri Selasa lalu.

“MPOGCF amat bersimpati dan ingin menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga pekerja ladang kelapa sawit terbabit.

“Pihak MPOGCF juga mengambil insiatif menghulurkan bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM5,000 dengan harapan dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa,” katanya hari ini.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Zamakhshari berkata, siasatan awal Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang mendapati ladang kelapa sawit terbabit bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul.

Katanya, berdasarkan rekod pihak PERHILITAN, terdapat beberapa kumpulan gajah liar yang telah dikenal pasti berada di hutan simpan berkenaan.

“Pekerja dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil tindakan secara bersendirian, jika bertembung atau berhadapan dengan haiwan itu yang berkeliaran di kawasan ladang dan kebun sawit.

“Mereka juga diminta menjauhkan diri dan terus menghubungi PERHILITAN Semenanjung Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-5151 jika terserempak dengan hidupan liar tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, gajah bukan haiwan yang ganas tetapi mamalia itu boleh menjadi agresif jika sedang kelaparan atau merasakan keselamatan dirinya terancam.

Justeru katanya, sebarang tindakan bersifat provokasi bagi mengusir gajah perlu dielakkan, apatah lagi hidupan liar itu dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 atau Akta 716.

“Sebagai peneraju inisiatif pemuliharaan biodiversiti industri sawit negara, MPOGCF memandang serius terhadap kejadian seumpama ini dan akan terus memberi sokongan penuh bagi usaha mengurangkan Konflik Manusia-Gajah, serta langkah mitigasi bersesuaian dengan menggalakkan kewujudan atau keharmonian bersama atau 'Living Together', terutamanya dalam industri sawit Malaysia.

“MPOGCF sentiasa menjalankan pelbagai inisiatif pemuliharaan gajah bagi mengurangkan Konflik Manusia-Gajah di kawasan perladangan sawit termasuk penubuhan Borneo Elephant Sanctuary (BES) di Sabah, pelaksanaan projek ‘Living Together with Elephants’ bersama TDM Plantation di Terengganu, projek ‘Elephant Grass Planting’ di Sabah serta projek Koridor Gajah di Kelantan.

“MPOGCF juga telah mendapat kelulusan dan dalam proses untuk menubuhkan Johor Elephant Sanctuary (JES) di Johor,” katanya. – Getaran, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad