web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tambahan Tunai BKM Tidak Bantu Golongan Sasar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 12:00PM

Kebimbangan tentang harga bahan mentah seperti ayam timbul selepas pengumuman subsidi akan ditaik kembali. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian tunai tambahan menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diumumkan kerajaan pada Rabu, tidak dapat membantu golongan sasar, terutama berpendapatan rendah (B40) yang kini berdepan dengan kenaikan harga barang.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi berkata, kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menurunkan harga barang terlebih dahulu.

Samsudin Mohamad Fauzi
Samsudin Mohamad Fauzi

“Dengan apa yang kerajaan umumkan semalam, kita berterima kasih tetapi benda itu tidak membantu.

“Harga makin naik, ini ketara walaupun kerajaan letakkan harga siling ayam sebanyak RM8.90, rata-rata tiada pun RM8.90.

“Ada tempat RM15 sekilo, ada tempat RM12 sekilo. Itu dalam tempoh harga kawalan. Kita lihat tiada apa pun berlaku dan tiada yang patuh kadar RM8.90 itu.

“Rata-rata (menjual) RM12, RM11, RM15, itu dalam harga kawalan. Selepas ini apabila subsidi semua ditarik balik, bayangkan apa rakyat akan hadapi?,” soalnya ketika dihubungi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada golongan B40 yang terkesan dengan kos sara hidup, susulan kawalan harga siling ayam dan telur ayam tidak diteruskan, selain kenaikan harga barang.

Ismail Sabri berkata, BKM yang diberikan dalam Belanjawan 2022 memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah memperoleh sehingga RM2,500.

Mengulas lanjut, Samsudin mengulangi desakannya agar kerajaan segera mewujudkan suruhanjaya bebas berkaitan bekalan makanan.

Beliau berkata, penubuhan suruhanjaya itu adalah penting agar wujud badan mempunyai kuasa penuh untuk membuat sesuatu tindakan atau siasatan terhadap isu harga makanan dan kes mencatu atau menyorok bekalan makanan.

“Sekarang ini sumber kuasa berpecah-pecah. Ada kuasa dekat kementerian sana, ada kuasa di kementerian sini, jadi letakkan semua di bawah satu bumbung sahaja. Itu yang penting,” katanya.

Tambahnya, bagi jangka masa panjang, kerajaan perlu segera mengeluarkan insentif sewajarnya supaya lebih ramai penternak ayam dilahirkan.

Samsudin mendakwa, isu kenaikan harga barang ketika ini, antaranya berpunca daripada pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 dan penyusutan nilai mata wang negara.

Dalam pada itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pemberian BKM bertujuan meringankan bebanan kewangan bagi golongan sasaran, memandangkan pengurangan subsidi dan tindakan menghentikan kawalan harga siling ayam dan telur akan menyebabkan kenaikan inflasi.

Justeru, beliau menjelaskan, penerima bantuan tersebut perlu menggunakan wang tunai diterima untuk membeli barangan keperluan asas kerana keputusan tersebut terletak di tangan mereka.

“Sekiranya disalahgunakan, ia boleh menyebabkan kerugian kepada mereka,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Meredah Cabaran Peralihan Tanpa Subsidi Minyak di Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

RMK12: Kerajaan Struktur Semula Subsidi Bersasar Elektrik, Diesel, Petrol

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada Peniaga Jual Ayam Bulat Lebih Harga Siling

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Harga Siling Ayam, Telur Kekal Sehingga Selepas Aidilfitri - Salahuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan