web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Siling Ayam, Telur Kekal Sehingga Selepas Aidilfitri - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 8:28PM

KPDN memberi jaminan bahawa bekalan ayam dan telur mencukupi serta dijual mengikut harga siling yang telah ditetapkan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memutuskan untuk mengekalkan harga siling ayam dan telur sehingga selepas perayaan Aidilfitri.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya juga memberi jaminan bahawa bekalan ayam dan telur mencukupi serta dijual mengikut harga siling yang telah ditetapkan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.

Beliau berkata KPDN juga akan melakukan pemantauan setiap hari sepanjang Ramadan ini, bagi memastikan tiada isu kenaikan harga berlaku.

“Kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat (naikkan) harga siling, ini kita telah putuskan dalam Kabinet.

“Pasukan KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) juga telah mengadakan libat urus, dan setakat ini kita memberikan jaminan bekalan (ayam dan telur) mencukupi dan ia dijual pada harga siling yang telahpun ditetapkan,” katanya pada pemberita selepas mengadakan walk about Jualan dan Pakej Barangan Rahmah di pasar raya Hwa Thai, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada KPDN melihat harga siling bagi ayam dan telur akan dinaikkan.

Salahuddin berkata pemain industri juga telah memberi jaminan dan menyatakan kesediaan mereka untuk membuat lebihan pengeluaran ayam dan telur pada bulan Ramadan berikutan peningkatan permintaan.

“Saya diberitahu bahawa bekalan (telur dan ayam) akan meningkat pada Ramadan dan Aidilftiri, saya juga telah berjumpa dengan pemain industri dan mereka memberikan jaminan dan bersedia untuk membuat lebihan pengeluaran, jadi itu satu jaminan yang diberikan kepada KPDN,” katanya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu baru-baru ini berkata harga siling runcit semasa bagi ayam standard adalah RM9.40 sekilogram, manakala harga siling runcit telur bagi Gred A pada 45 sen sebiji, Gred B (43 sen sebiji) dan Gred C (41 sen sebiji), masing-masing di Semenanjung, sementara Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum bagi kedua-dua makanan itu adalah berbeza mengikut zon dan daerah.

Mohamad Sabu juga dipetik sebagai berkata harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar