web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Peniaga Jual Ayam Bulat Lebih Harga Siling

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 10:20PM

Bagi memastikan peniaga terus patuh dengan harga ditetapkan itu, pihaknya bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pemain industri akan sentiasa peka sepanjang masa. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati dalam tempoh 10 hari berpuasa hingga semalam, tiada peniaga yang menjual “ayam bulat” melebihi harga siling ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata bagi memastikan peniaga terus patuh dengan harga ditetapkan itu, pihaknya bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pemain industri akan sentiasa peka sepanjang masa.

Katanya libat urus ketiga-tiga pihak secara bersama akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi memastikan harga siling yang ditetapkan itu kekal hingga Aidilfitri nanti.

“Sekali lagi saya nak tekankan hari ini (berhubung) harga dan bekalan ayam walaupun ada desas-desus mengatakan ia tidak mencukupi, KPDN akan sentiasa peka dan libat urus akan dilakukan seminggu tiga kali.

“Ini bagi memastikan keberadaan ayam bulat khususnya di pasaran mencukupi, bukan itu sahaja peniaga juga perlu patuh dengan harga ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Edaran Bubur Lambuk dan Agihan Baucar Rahmah di Pasar Raya Econsave Yong Peng di sini hari ini.

Terdahulu, 100 penerima yang terjejas bencana banjir menerima Baucar Rahmah bernilai RM200 untuk kegunaan pembelian barangan keperluan harian selain Pasar Raya Econsave mengedarkan bubur lambuk tanda simbolik edaran sebanyak 200,000 bungkus di seluruh negara.

Jelas Salahuddin lagi, dalam tempoh berkenaan juga bukan sahaja tiada peniaga yang menjual ayam bulat melebihi harga siling, malah ada sebahagiannya terutama pasar raya termasuk Pasar Raya Econsave menjualnya di bawah harga ditetapkan.

Dalam pada itu, Pasar Raya Econsave turut menyahut seruan untuk mengadakan Jualan Rahmah dengan menurunkan harga bagi 1,003 barang keperluan antara tiga dan 50 peratus hingga 30 April ini.

Salahuddin berkata penurunan harga seperti itu memberikan kesan sangat besar kepada kemampuan rakyat untuk berbelanja sebagai persiapan menyambut kedatangan hari lebaran. 

“Pemain industri seperti Econsave juga sudah memberikan jaminan kepada pihak kami untuk memberikan harga terbaik kepada orang ramai yang semestinya tidak akan membebankan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad