web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 8:03PM

MyCC memaklumkan bekalan dan harga ayam masih terkawal selepas penghapusan subsidi berkuat kuasa semalam. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekalan dan harga ayam didapati terkawal walaupun selepas kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi berkuat kuasa semalam, menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, berdasarkan pemantauan, persaingan dalam pasaran ayam dilihat menunjukkan tanda-tanda yang positif.

"MyCC melihat bahawa bekalan ayam di pasaran tidak mengalami sebarang gangguan, dan harga ayam bagi tempoh dua hari pertama dijual RM6.49 hingga RM11.00 sekilogram. Sehingga hari ini, kami tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, MyCC akan terus membuat pemantauan bagi mengesan sebarang tanda-tanda kewujudan pelakuan antipersaingan, di samping bagi mengelak mana-mana pihak mengambil kesempatan daripada pemansuhan subsidi dan penghapusan harga kawalan ayam.

"Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat sebarang tanda yang menunjukkan bahawa terdapat gangguan terhadap proses persaingan oleh mana-mana pemain industri," katanya.

Iskandar berkata, MyCC juga bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap sebarang gangguan dalam proses persaingan dalam pasaran ayam terutamanya yang melibatkan aktiviti kartel.

MyCC mengalu-alukan sebarang aduan atau perkongsian maklumat yang berkaitan dengan isu-isu yang relevan baik dari pengguna mahupun peniaga, dan mereka boleh berbuat demikian melalui laman sesawang www.mycc.gov.my. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 57 minit yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad