web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 8:25AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Harga jualan runcit Beras Putih Import (BPI) turun antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa hari ini, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Pada masa ini harga runcit BPI di pasaran dijual sekitar RM38 hingga RM45 untuk pek 10 kilogram (kg) dan dengan pengumuman pelarasan harga baharu, jangkaan harga runcit BPI turun ke RM35 untuk pek yang sama.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan semalam berkata, keputusan itu yang dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), dibuat bagi menangani isu kekurangan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran susulan pelarasan harga BPI oleh Bernas pada 1 September lalu.

"Sehubungan itu bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah, kerajaan melalui Mesyuarat NACCOL bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan.

"Kerajaan optimis inisiatif ini dapat membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup terutamanya semasa Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang," katanya.

Selain itu, Mohamad berkata, bagi meningkatkan pengedaran BPT di pasaran, kerajaan memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang telah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta merta.

"Justeru KPKM akan meningkatkan penguatkuasaan melalui Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) di seluruh negara.

"Dalam meluaskan jaringan pengedaran BPT, aktiviti Jualan Agro MADANI yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan diperluaskan dari segi lokasi dan peningkatan kekerapan program," katanya.

Menurut Mohamad, kerajaan turut bersetuju supaya semua Kontrak Kerajaan mengguna pakai sepenuhnya BPI.

Melalui kaedah itu bekalan tambahan BPT sebanyak 20,000 tan metrik dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran pada April ini.

"Kesemua langkah ini akan dapat meningkatkan ketersediaan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga yang lebih rendah serta pertambahan BPT di pasaran," katanya.

Beliau berkata, dalam masa yang sama, KPKM juga akan meneruskan perbincangan bersama semua pihak berkepentingan untuk memperhalusi pelan tindakan jangka panjang bagi struktur kos pengeluaran beras yang lebih realistik.

Menurutnya, ini bagi memastikan industri padi dan beras adalah mampan terutamanya dalam menjaga kepentingan dan kebajikan pesawah serta meningkatkan produktiviti pengeluaran beras negara.

"Sesungguhnya keputusan ini mencerminkan komitmen utuh Kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan rakyat dan memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan negara," katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gred Tunggal Beras Putih: Kerajaan Belum Buat Keputusan - Menteri

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad