web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 4:10PM

Mohamad mendengar penerangan yang diberi selepas selepas menyempurnakan perasmian Program Penuaian Padi Projek SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Hasil padi pada tahun ini dijangka terus berada dalam tahap kurang memberangsangkan berikutan keadaan cuaca tidak menentu yang berlaku sejak lebih tiga tahun lalu. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hasil pemerhatiannya secara umum juga mendapati penghasilan padi pada tahun ini kurang baik. 

Justeru katanya, agensi berkaitan terutamanya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) perlu membuat kajian bagi berdepan keadaan itu apatah lagi Malaysia dijangka berdepan cuaca paling panas pada 2025. 

"Pengeluaran padi dijangka masih lagi kira-kira 62 peratus. Umumnya saya tengok dengan mata kasar, padi kali ini kurang baik. Keadaan cuaca seperti ini dah berlaku kira-kira tiga tahun menyebabkan hasil padi tidak memberangsangkan. Hasilnya ada tetapi pertengahan (sederhana) saja. 

"Ertinya, banyak lagi di Malaysia termasuk di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ini yang purata pengeluarannya kurang dari tujuh tan. Ini kesan dari el nino serta macam-macam yang datang dan sekarang ini pula, cuaca panas melampau," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Program Penuaian Padi Projek SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan di Kampung Gulau dekat sini, hari ini. 

Sementara itu katanya, dapatan daripada sesi libat urus bersama pemegang taruh industri padi dan beras yang dilaksanakan Jumaat lalu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac depan. 

"Perkara itu perlu dibincang supaya semua pihak termasuk pesawah, pengilang, pemborong, peruncit dan penguna mendapat manfaat terbaik. Tak boleh ada keadaan di mana pesawah saja lega tetapi pengguna tak lega atau pengilang buat untung tetapi pesawah yang teruk. 

"Semua itu perlu diambil kira. Jadi libat urus itu melibatkan semua supaya kita dapat bergerak dalam keadaan terbaik pada masa depan," katanya. 

Dalam pada itu Mohamad turut menggalakkan supaya mana-mana pihak yang memiliki tanah lapang, untuk terlibat dalam industri penanaman nanas yang mendapat permintaan tinggi dari luar negara. 

"Nanas Malaysia ini secara keseluruhannya mereka mahukan hingga 4,000 kontena tetapi kita cuma mampu sediakan 800 kontena saja. Ertinya baru satu per lima dari permintaan. 

"Kalau ada tanah lapang, bincang dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk dapatkan benih yang baik kerana pasarannya terjamin," katanya. -Getaran 3 Mac 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad