Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lupus Kereta Usia Sedekad Terima Kecaman, Cadangan Tak Fikir Keadaan Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 6:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan pakar keselamatan jalan raya untuk melupuskan kereta berusia 10 tahun ke atas bagi mengurangkan kesesakan jalan raya ternyata mengundang kecaman ramai, khususnya di media sosial.

Kenyataan dibuat Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Rozmi Ismail dianggap tidak memikirkan status kewangan rakyat ketika ini yang sudah cukup terbeban dengan kenaikan pelbagai jenis kos.

Cadangan diutarakan beliau itu juga dianggap tidak masuk akal, terutamanya jika kenderaan dimaksudkan masih berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Majoriti netizen berkata, pakar terbabit tidak mengetahui secara menyeluruh senario pengangkutan awam negara.

Dr Aid Fawzal di Facebook berkata, cadangan untuk melupuskan kereta mengikut had umur seperti dilaksanakan di Singapura dan Jepun bukan satu perkara yang sesuai dibuat di Malaysia.

jurutera CAE dari Koch Engineered Solutions berpangkalan di United Kingdom (UK) itu berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan mekanisma pelupusan lebih baik agar dapat menyeimbangkan sistem kenderaan dan jalan raya di negara, kerana nilai kemasukan dan pengeluaran (dibuang) harus selari bagi memperoleh sistem yang sihat.

“Sebab itu saya cadangkan kita lupuskan kereta mengikut keadaan kebolehjalan (roadworthiness) sesebuah kenderaan. Letak definisi yang baik terhadap kebolehjalan ini seperti keadaan sistem gantungan (suspension), keadaan brek, keadaan tayar, keadaan enjin, dan sebagainya.

“Dengan ini, hanya kenderaan yang baik sahaja layak menyusur di jalan raya, manakala kereta yang tidak memenuhi piawaian kebolehjalan boleh dilupuskan,” katanya di Facebook.

Menurut beliau, terdapat kereta lama yang dijaga rapi dan masih dalam keadaan baik dan ada juga kereta baharu yang tidak dijaga sehingga keadaannya membahayakan.

“Apa pun, cadangan perlupusan kereta ini harus didatangkan bersama dengan kejujuran, bebas rasuah, skim perlupusan yang adil dan paling penting, penurunan harga kereta itu munasabah.

 “Takkanlah buat pinjaman bank maksimum sembilan tahun, (apabila) masuk tahun ke 10 nak kena (kereta) lupus dah. Ini tidak munasabahkan,” katanya yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sistem Penyejukan Automotif dan Sukan Permotoran untuk Hibridisasi/Elektrifikasi.

Seorang lagi pengguna Facebook, Jeff Tacra berkata, terdapat banyak kereta berusia masih mantap dan gagah seperti kereta baharu dengan kondisi yang baik untuk dilupuskan.

Pada masa sama, ramai juga golongan yang hanya mampu menggunakan kereta berusia disebabkan tidak mampu menanggung beban hutang untuk sebuah kenderaan.

“Saya pun ada kereta yang melebihi usia 10 tahun dan masih boleh ‘on the road’ (atas jalan) macam biasa. Nak jual pun rasa sayang, inikan pulak nak tamatkan riwayatnya begitu sahaja. Walaupun dah berusia 21 tahun tapi masih boleh beraksi di jalan raya

“Fikir-fikirkanlah, ramai yang terkesan bila pelupusan ini betul-betul berlaku. Lainlah pula kalau harga kereta baharu murah dan mampu milik bagi semua dengan penghapusan cukai dan duti yang amat membebankan pembeli,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Zuraidah Montazali berpendapat, penyelesaian yang tepat bukanlah melupuskan kereta berusia 10 tahun ke atas, sebaliknya membina pengangkutan awam yang kondusif di penempatan padat penduduk dan strategik.

Beliau berkata, Stesen MRT Sungai Buloh sebagai contoh, dibina ketika kepadatan penduduk belum mencapai kemuncak, namun setelah beberapa tahun pembangunan perumahan mula rancak di kawasan luar Bandar Baru Sungai Buloh hingga menyebabkan jumlah penduduk semakin meningkat.

“Bagi yang ingin menaiki MRT, mereka memerlukan 30 hingga 40 minit untuk tiba di stesen dan 30 minit hingga ke satu jam untuk tiba di pusat bandar (tanpa mengambil kira kelewatan tren yang selalu berlaku).

“Walau bagaimanapun, pakej pas bulanan sangat membantu dalam kos yang ditanggung tetapi parkir disediakan pula sangat tidak mencukupi. Mengambil kira faktor masa, memandu ke tempat kerja adalah pilihan terbaik. Maka ini telah menyumbang kepada kesesakan yang luar biasa,” katanya.

Minggu lalu, sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencadangkan supaya kenderaan di Malaysia mempunyai had usia tidak lebih 10 tahun dilupuskan bagi menangani masalah kesesakan jalan raya di ibu kota.

Kenderaan yang telah melepasi had itu perlu dilupuskan supaya tidak berada di jalan raya dan polisi tersebut bertujuan menyeimbangkan jumlah antara yang baharu dan lama di atas jalan raya. - Getaran, 20 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Loke Kongsi Video Papar Komitmen MOT Perkasa Pengangkutan Awam

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Guna Pengangkutan Awam Sebagai Alternatif Untuk Ke LIMA'23

3

Semasa 1 tahun yang lalu

LRT Kelana Jaya Dijangka Beroperasi Lebih Awal - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lupus Kereta Tak Relevan, Tambah Baik Dahulu Pengangkutan Awam

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran