web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Loke Kongsi Video Papar Komitmen MOT Perkasa Pengangkutan Awam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 9:02AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam memuat naik video pendek menerusi akaun Instagram beliau mengenai komitmen berterusan kementeriannya dalam memperkasakan sektor pengangkutan awam demi kesejahteraan rakyat.

Video berdurasi dua minit itu memaparkan pelbagai inisiatif yang telah dilakukan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara dengan mengambil kira permintaan pengguna.

Antara inisiatif yang dikongsikan meliputi Program FLYsiswa yang memberi manfaat kepada 50,000 pelajar, pas My50 yang masih berterusan dan pelaksanaan perkhidmatan Komuter Utara bagi laluan Ipoh ke Pulau Pinang.

Selain itu, video itu turut menyentuh inisiatif penambahan bilangan perkhidmatan kereta api dari Kedah, jumlah feri di Pulau Pinang selain meningkatkan kekerapan perkhidmatan rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) kepada tiga minit pada waktu puncak.

Loke pada ruangan kapsyen memaklumkan setiap usaha dilaksanakan MOT adalah bagi memastikan jaringan perkhidmatan pengangkutan negara terhubung, sekali gus membawa perubahan bermakna kepada rakyat.

“Walaupun bukan semua pelaksanaan oleh Kementerian Pengangkutan sempurna, kami akan terus berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih sempurna demi anda,” katanya.

Video itu memaparkan senario rakyat Malaysia yang dapat menikmati perkhidmatan pengangkutan berkualiti susulan inisiatif kerajaan dalam menambah baik sistem berkenaan bagi tempoh tahun ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad