web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guna Pengangkutan Awam Sebagai Alternatif Untuk Ke LIMA'23

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 4:39PM

M Jana Santhiran berkata pengangkutan awam seperti kereta api dan bas boleh digunakan sebagai pengangkutan alternatif untuk ke pameran bertaraf antarabangsa itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk M Jana Santhiran berkata pengangkutan awam seperti kereta api dan bas boleh digunakan sebagai pengangkutan alternatif untuk ke pameran bertaraf antarabangsa itu. 

"Pengangkutan (awam) ini lebih kepada (tertakluk) harga pasaran, jadi kami galakkan orang ramai untuk membeli tiket lebih awal dan buat perancangan yang lebih rapi.

" … yang mana kerajaan boleh bantu, kerajaan akan bantu sebaik mungkin untuk memudahkan lagi perjalanan rakyat ke LIMA’23," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Bertemu Pelanggan, Karnival Kerjaya, Pameran Mini LIMA'23 dan Pelepasan Pertandingan 24 Hours Challenge LIMA'23.

Mengenai sambutan pempamer dan syarikat yang akan menyertai LIMA'23, beliau berkata pihaknya dimaklumkan respons yang diberikan adalah amat positif dan reruai juga mungkin ditambah.

"Kali ini agak menyeronokkan, permintaan agak memberangsangkan, malah saya dimaklumkan dua atau tiga minggu lepas dah penuh dah reruai sampai ada tambahan yang sedang diusahakan oleh pihak penganjur. Jadi itu yang kita nak rakyat Malaysia menggunakan peluang ini untuk datang dan hayati," katanya. 

Kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan adalah pada 2019 dan tidak diadakan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu.

Berkenaan program-program anjuran Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini, ia diadakan bagi menyemarakkan lagi aktiviti promosi LIMA' 23 yang antara lain melibatkan 45 reruai pameran kerjaya membabitkan syarikat pengangkutan dan reruai jabatan serta agensi di bawah MOT untuk mendekati orang ramai bagi menyalurkan informasi berkenaan fungsi dan peranan jabatan dan agensi masing-masing. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Dari Proton Ke Pengangkutan Pintar: Evolusi Pergerakan Di Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Loke Kongsi Video Papar Komitmen MOT Perkasa Pengangkutan Awam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad