web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LRT Kelana Jaya Dijangka Beroperasi Lebih Awal - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 2:25PM

Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan laluan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka beroperasi dengan selamat lebih awal daripada jangkaan asal 15 November ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan laluan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka beroperasi dengan selamat lebih awal daripada jangkaan asal 15 November ini.

Beliau berkata setakat ini, semua sistem keselamatan dan sistem kawalan tren automatik (ATC) adalah stabil berdasarkan data pengujian yang dilakukan menggunakan 38 set tren di sepanjang laluan Gombak-Putra Heights.  

“Sistem isyarat dan komunikasi sedang diuji dan akan diuji lagi malam ini bagi memastikan LRT itu bersedia untuk beroperasi dengan selamat lebih awal dari 15 November,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program bersama penduduk di Kampung Batu Papan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata Kementerian Pengangkutan telah diarahkan untuk menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca kejadian menerusi penubuhan jawatankuasa khas.

Katanya, kejadian itu adalah kali kedua berlaku semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak mahu perkara sama berulang kerana ia menyusahkan pangguna pengangkutan awam tersebut.

“Kita akan buat siasatan menyeluruh. Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi kerana ia membebankan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 9 hingga 15 November susulan perkhidmatan yang didapati tidak stabil.

Penggantungan sementara itu selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kini hanya beroperasi dari stesen Gombak ke stesen Damai serta dari stesen Lembah Subang ke stesen Putra Heights. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Dari Proton Ke Pengangkutan Pintar: Evolusi Pergerakan Di Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad