Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pengambilan Pekerja Asing: Mengapa Agensi Tempatan Dianaktirikan? - PASPMA

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 9:02PM

PASPMA mempersoalkan bagaimana agensi tertentu dari Bangladesh dibenarkan masuk ke Malaysia dengan kelulusan diberi kementerian. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta (PASPMA) tidak menolak dakwaan kemungkinan wujud ‘kartel’ dalam urusan pengambilan 200,000 pekerja dari Bangladesh ke Malaysia.

Malah, Presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata, pihaknya mempersoalkan mengapa Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan ‘kuasa’ kepada hanya 25 agensi terbabit untuk menghantar pekerja bagi keperluan buruh asing di negara ini, selain bukannya memberi hak sama terhadap syarikat tempatan.  

Tegasnya, kerajaan hanya memberi alasan berbuat demikian kerana enggan melambatkan kemasukan pekerja asing, namun persoalannya, bagaimana agensi tertentu dari Bangladesh dibenarkan masuk ke Malaysia dengan kelulusan diberi kementerian.

“Ya, memang (agensi itu) kartel. Kami hairan bagaimana kerajaan boleh memilih hanya 25 agensi, sedangkan kerajaan Bangladesh dah senaraikan banyak. Mereka dipilih berdasarkan kriteria apa?

“Kenapa pula mereka lebih tahu sektor di Malaysia, berbanding kami anak tempatan.

“Kita tak pernah menentang dasar dilakukan kerajaan, cuma mengapa 25 agensi Bangladesh dipilih, kenapa bukannya kami (yang) terpilih untuk membawa buruh asing ke Malaysia,” luahnya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung PASPMA, Dr N Sukumaran.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, wakil agensi buruh Bangladesh berhimpun ketika lawatan Menteri Sumber Manusia, M Saravanan ke Dhaka pada 2 Jun lalu, bagi membantah rancangan Putrajaya untuk membenarkan hanya 25 agensi mengambil 200,000 pekerja ke Malaysia.

Setiausaha Agung Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Bangladesh Antarabangsa (BAIRA), Shameem Ahmed Chowdhury Noman berkata, poster dan sepanduk dibawa pada perhimpunan itu jelas menunjukkan bantahan mereka terhadap rancangan Malaysia yang seolah-olah mahu mewujudkan ‘sindiket’ berhubung pengambilan pekerja terbabit.

Menurut Shameen, mereka mengulangi seruan kepada Putrajaya agar membenarkan semua agensi membekalkan pekerja kerana keputusan menolak tuntutan itu akan menyebabkan keseluruhan proses berkenaan dikawal sekumpulan kecil individu.

Megat Fairouz (tengah) berkata agensi di tanah air lebih tahu tentang keperluan sektor tempatan, berbanding agensi luar.
Megat Fairouz (tengah) berkata agensi di tanah air lebih tahu tentang keperluan sektor tempatan, berbanding agensi luar.

Dalam perkembangan berkaitan Megat Fairouz berkata, beliau kecewa kerana pihaknya sama sekali tidak pernah dipanggil oleh KSM bagi mengadakan perbincangan, selain memberikan maklum balas dan pendapat mengenai urusan membawa pekerja asing ke Malaysia.

Jelasnya, PAPSMA kurang faham mengapa hanya Bangladesh yang memerlukan agensi khas bagi tujuan kemasukan pekerja, jika dibandingkan negara sumber lain, walaupun Bangladesh jatuh dalam kategori negara sumber sejak beberapa tahun lalu.

“Buka dahulu kelulusan kepada pihak kita dan kaji balik siapa melanggar undang-undang ditetapkan, batalkan sahaja lesen mereka.

“Kita boleh lihat bagaimana Indonesia dan Filipina mahukan agensi di Malaysia uruskan pekerja mereka serta bukan agensi dari negara mereka.

“Sebab itu, kami mempersoalkan kenapa Bangladesh mendapat keistimewaan sebegini dari kerajaan sedangkan negara lain tidak.

“Biarkan kami diberi lesen ini untuk menguruskan pekerja asing bukan orang luar,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan seharusnya melantik agensi pekerjaan tempatan seperti PASPMA dan bukannya wakil agensi Bangladesh yang dibimbangi akan menjadikan kartel lebih berkuasa.

“PAPSMA ingin menyelar agen haram yang kini ‘berkeliaran’ di Malaysia untuk mencari peluang menipu majikan dan pekerja bagi memenuhi hasrat mengaut keuntungan dari pekerja miskin.

“Apa yang kita bimbang, mereka turut menipu pihak tidak mempunyai keupayaan membayar kos pengrekrutan tinggi dan akhirnya terpaksa meminjam dan berhutang di negara mereka untuk bekerja di Malaysia,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Koo Ham Minta Saravanan Sediakan Dewan Besar 5 Oktober Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Bukan Kerajaan Yang Tak Telus, Tapi Sistem Mohon Buruh Asing Yang Rumit

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hantar Duta Segera, Selesaikan Isu Pekerja Indonesia, Jika Tidak…

4

Kolum 1 tahun yang lalu

Malaysia Harus Segera Selesaikan Kemelut Buruh Untuk Bangkit Semula

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

 Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga 'Aunty Bersih'

Semasa 35 minit yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon

Semasa 1 hari yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja