Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Malaysia Harus Segera Selesaikan Kemelut Buruh Untuk Bangkit Semula

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 3:31PM

Gambar hiasan

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkhidmatan di kebanyakan restoran akhir-akhir ini semakin lambat. 

Ada yang terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum pesanan di ambil, dan ada pula yang terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk makanan sampai.  

Alasan yang sering diberi oleh tuan punya kedai - kekurangan tenaga pekerja.

“Hanya cukup pekerja untuk bekerja satu syif sekarang,” kata seorang pengusaha kedai makanan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. 

“Hasrat untuk mempelbagaikan lagi hidangan di restoran terpaksa dibatalkan kerana tidak dapat membawa masuk pekerja asing, termasuk tukang masak,” tambahnya lagi.

Inilah masalah yang dihadapi pengusaha restoran.

Industri perhotelan juga menghadapi masalah yang sama. Industri ini dijangka akan menghadapi faktor kekurangan pekerja selama dua tahun. 

Ini kerana ramai pekerja tempatan lebih rela bekerja di Singapura kerana gaji yang ditawarkan boleh mencecah RM10,000 sebulan (S$3,000) berbanding dengan gaji minima di Malaysia sebanyak RM1,500.

Sektor-sektor lain seperti perladangan, pembuatan dan pembinaan juga terpaksa menolak tempahan berjumlah berjuta-juta ringgit kerana tidak cukup pekerja asing.

Negara menghadapi kekurangan lebih satu juta pekerja asing. Ini menghalang pertumbuhan perniagaan dan juga menggugat proses pemulihan ekonomi yang sudah cukup terjejas sejak 2020.

Walaupun Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini menyatakan sebanyak 230,000 permohonan pekerja asing telah diluluskan, ternyata kemasukan pekerja yang masih kecil jumlahnya dan lambat terus menjadi masalah besar kepada pelbagai sektor di Malaysia.

Benar warga tempatan tidak ingin bekerja di industri kotor, berbahaya dan sukar (3D). Namun kita harus bertanya sama ada negara kita masih menjadi tumpuan pekerja asing. 

Malaysia kini berdepan dengan krisis yang cukup besar akibat terlalu mengharapkan pekerja asing selama tiga dekad yang lalu. Nilai ringgit pula semakin susut.

Malaysia sebuah negara yang banyak sumber asli, cukup tanah untuk pertanian, penternakan dan untuk membina kilang. 

Pokoknya, kita sebenarnya cukup segala-galanya, namun kita seolah-olah seperti tidak mempunyai kepakaran untuk mencari jalan keluar untuk kemelut yang dihadapi sekarang.  

Minggu lalu, Senarai Daya Saing Dunia Institut Pengurusan Pembangunan (IMD) 2022, dalam laporannya, mengatakan Malaysia telah merosot tujuh anak tangga dan berada di kedudukan ke-32 dalam senarai 63 negara paling kompetitif dunia.

Menurut laporan itu, Singapura merupakan ekonomi ketiga paling kompetitif di dunia, dan juga turut merekodkan ekonomi tertinggi di Asia Pasifik tahun ini, disusuli Hong Kong, Taiwan dan China, yang masing-masing berada pada kedudukan kelima, ketujuh dan ke-17 peringkat global.

Untuk rekod, kedudukan Thailand juga merosot lima angka (kedudukan 33 dari 28) dan Indonesia juga turun tujuh angka (kedudukan 44 dari 37).

Setiap hari kedengaran keluhan dari pemegang taruh industri yang mahukan jalan penyelesaian kepada masalah buruh yang dihadapi kerana berbilion ringgit kini menjadi pertaruhan bukan hanya untuk perniagaan mereka tetapi juga untuk proses pemulihan ekonomi negara.

Apa yang patut dibanggakan jika kerajaan hanya mampu membawa masuk jumlah tenaga buruh yang kecil tatkala permintaan tinggi untuk produk dan hasil dari Malaysia?

Tiada maknanya juga mengadakan lawatan ke seluruh pelusuk dunia untuk menarik pelabur jika negara tidak mempunyai pelan yang kukuh dan jalan penyelesaian yang efektif untuk menyelesaikan masalah buruh negara. 

Masanya juga sudah tiba untuk imbuhan dan sokongan diberikan untuk syarikat terutamanya sektor perkilangan untuk meningkatkan produktiviti mereka dengan mempercepatkan automasi.

Polisi yang boleh meyakinkan pekerja asing dan keluarga mereka yang kebajikan mereka akan dipelihara di negara ini juga harus diutamakan. 

Pekerja asing harus tahu cara untuk mendapat bantuan dan pembelaan yang sewajarnya jika terdapat sebarang penindasan. Gaji dan imbuhan yang ditawarkan juga harus setimpal dengan kerja yang dilakukan. 

Pada masa yang sama, penjenamaan semula pekerjaan yang dianggap kotor, berbahaya dan sukar harus digiatkan agar sebarang stigma yang ada dengan pekerjaan ini boleh disingkirkan. 

Malaysia sebenarnya lebih dari mampu untuk bersaing dengan negara-negara lain di rantau ini, mahupun dunia. 
 
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. - Getaran, 24 Jun 2022

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22 atau emel [email protected]

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 minggu yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 3 minggu yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 4 minggu yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok