web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Koo Ham Minta Saravanan Sediakan Dewan Besar 5 Oktober Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 7:00AM

Selasa lalu Saravanan menjemput Guan Eng untuk bertemu dengannya bagi menunjukkan bukti kegagalannya menangani masalah kekurangan buruh asing. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Beruas (DAP) Datuk Ngeh Koo Ham menerima jemputan Datuk Seri M Saravanan untuk menghadiri sesi taklimat khas pada 5 Oktober depan bagi membuktikan kelemahan Kementerian Sumber Manusia dalam menangani kekurangan pekerja asing.

Beliau berkata, Saravanan harus mengadakannya di dewan besar bagi menampung majikan yang tidak berpuas hati mengenai isu tersebut.

Malah katanya, Saravanan juga harus berjanji untuk meluluskan permohonan kuota pekerja asing oleh majikan yang hadir pada mesyuarat itu dengan serta-merta dan meletak jawatan.

Ujarnya lagi, Saravanan perlu menyediakan dewan besar untuk menempatkan ratusan atau ribuan majikan yang akan menghadiri pertemuan tersebut bersama dengan Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

“Sesi taklimat akan datang adalah bagi membuktikan kelemahan Kementerian Sumber Manusia dan (untuk) Datuk Seri M. Saravanan meletakkan jawatan, bukannya mendengar satu lagi pembohongan daripada beliau.

“Saya telah menerima sokongan padu untuk menjadi saksi kepada pelbagai kelemahan dalam Kementerian Sumber Manusia apabila Saravanan mencabar saya dan Guan Eng untuk membuktikan kelemahan dalam kementeriannya,” katanya.

Pada Selasa, Saravanan menjemput Guan Eng untuk hadir bertemu dengannya bagi menunjukkan bukti bahawa beliau gagal menangani masalah kekurangan buruh asing di negara ini.

Saravanan berkata, gesaan Lim baru-baru ini supaya beliau meletakkan jawatan menunjukkan pemimpin DAP itu tidak memahami peranan kementerian berkenaan.

Katanya, jemputan sama diberikan kepada Koo Ham yang menjadi pengkritik tegar kementerian itu.

Saravanan yang juga timbalan presiden MIC dan Ahli Parlimen Tapah turut menegur kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini kerana mengenakan moratorium ke atas pengambilan pekerja dari Bangladesh pada September 2019 dan enggan memperbaharui memorandum persefahaman dengan negara sumber lain.

Beliau juga mendakwa Koo Ham telah membuat aduan mengenai kementerian, tetapi membuat permintaan peribadi untuk kelulusan tenaga kerja.

Sebagai respon balas, Ahli Parlimen Ipoh Barat (DAP) M Kulasegaran yang juga menteri sumber manusia semasa pentadbiran PH berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya merosakkan sistem pekerja asing di negara ini.

Senada dengan Kulasegaran, Koo Ham berkata, majikan berdepan cabaran untuk menghadiri temu duga kementerian bagi permohonan kuota pekerja asing sejak 1 Ogos lalu.

Koo Ham menuduh Saravanan pada 26 Julai lalu melakukan “pembohongan terang-terangan" di Parlimen bahawa permohonan kuota boleh dibuat secara dalam talian tanpa menggunakan ejen, dan beberapa individu di kementerian itu mengutip RM1,500 bagi setiap pekerja asing sebelum temuduga diberikan.

“Beliau juga berbohong apabila mengatakan saya membawa isu ini untuk kepentingan peribadi sedangkan masalah ini berterusan. Sebagai Ahli Parlimen, saya perlu membangkitkan isu ini apabila majikan membawanya ke perhatian saya,” katanya. - The Vibes, 30 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Reman Lelaki Serang Rumah MP Beruas Disambung Sehari Lagi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

ABMS Jadi Panduan KSM Perkukuh Tadbir Urus, Tangani Risiko Rasuah

4

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad