web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 8:52PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tempoh proses permohonan membawa masuk pekerja asing akan disingkatkan dari 29 bulan 13 hari ketika ini kepada 15 bulan 23 hari, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing ke-10 Bilangan 1/2024 yang diadakan di sini, hari ini.

"la merupakan pengurangan signifikan sehingga 46 peratus (dalam proses permohonan), " katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa itu yang turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Beliau berkata, sebagai contoh antara penambahbaikan daripada pengurangan tempoh ini, tempoh pembayaran levi dapat dikurangkan daripada 30 hari kepada 15 hari.

"Pengurangan tempoh itu misalnya, bagi bayaran levi ketika ini adalah 30 hari, namun apabila diteliti data, hampir 77 peratus majikan membayar dalam tempoh 15 hari. Jadi mengapa kita perlukan 30 hari, jadi kita pendekkan kepada 15 hari. 

Proses kemasukan pekerja asing akan melalui beberapa peringkat, daripada kelulusan, permohonan kuota, temu duga agensi, sehingga tiba di pintu masuk negara," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan berkenaan hanya akan dikuatkuasakan sehingga satu keputusan baharu dibuat kerajaan mengenai pembukaan semula kuota pengambilan pekerja asing selepas dibekukan sejak 17 Mac 2023. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad