web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalan Jalan Japan Pulau Pinang Dibuka, Peminat 'Bundle' Teruja

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 8:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEBERANG PERAI - Beratur seawal jam 8.30 pagi! Itu yang berlaku semasa hari pembukaan gedung barangan terpakai Jalan-Jalan Japan (JJJ), walaupun premis itu pada hakikatnya hanya memulakan perniagaan pada jam 10 pagi.

Rata-rata pengunjung dilihat teruja untuk membeli-belah di premis sulung Jalan-Jalan Japan di wilayah utara itu, yang terletak di dalam pasaraya besar Tesco (atau kini dikenali sebagai Lotus) di Seberang Jaya, di sini.

Hal terbabit membuktikan bahawa barangan terpakai khususnya dari Jepun, mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Jika dahulu ramai yang hanya memandang sebelah mata terhadap kualiti barangan terpakai, Jalan-Jalan Japan ternyata berjaya mengubah persepsi berkenaan apabila menampilkan produk berkualiti tinggi, malah tidak keterlaluan dikatakan, setanding dengan barangan baharu.

Seorang pembeli, Hasnah Mat Idris, 28, berkata beliau dan keluarganya sangat gembira apabila mengetahui Jalan-Jalan Japan bakal membuka cawangan baharu di Pulau Pinang, pada awal Februari lalu.

“Saya adalah pembeli tegar barangan terpakai dari Jepun. Sebelum ini saya dan keluarga sanggup ke Kuala Lumpur untuk membeli di Jalan-Jalan Japan di sana.

“Sekarang bila sudah ada di Pulau Pinang, lebih senang untuk kami. Tak perlu lagi jalan jauh pada musim COVID-19 ini,” katanya kepada Getaran.

Jalan-Jalan Japan yang mula menapak di Malaysia pada 2016 menyediakan ruang kepada pengunjung untuk membeli belah dan menikmati pelbagai pilihan barangan, seolah-olah sedang menikmati senario seperti di Jepun. 

Difahamkan, setiap gedung memiliki kira-kira 200,000 barangan dalam pelbagai kategori termasuk pakaian, beg, kasut, kelengkapan rumah, barangan bayi, permainan, peralatan sukan, instrumen, hiasan, perabot dan aksesori.

Pelanggan boleh membeli pelbagai barangan tersebut pada harga serendah RM1, mengikut kualiti dan jenama produk yang ditetapkan.

Bagi Mohd Hassan Yahya, 36, pembukaan Jalan-Jalan Japan di negeri berkenaan adalah langkah tepat, serentak dengan krisis ekonomi yang melanda negara ketika ini, dengan sejumlah besar penduduk bergelut meneruskan kehidupan.

“Jalan-Jalan Japan menawarkan harga yang mampu milik. Jadi, saya rasa pembukaannya di sini sangat tepat pada masanya.

“Rakyat boleh membeli pelbagai barangan pada harga yang rendah, dan ia dilihat lebih ekonomikal,” katanya yang juga seorang peniaga.

Jalan-Jalan Japan kini memiliki lapan rangkaian gedung, dengan premis yang terbaharu adalah di Johor Bahru, dijadualkan dibuka bulan ini. – Getaran, 26 Mac 2021


 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Minat Punya Pasal Ada Peminat Tiru Nama Wardina, Anak

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Zii Jia Harap Isu Antara Peminat Dan Media Selesai Secara Baik

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tidak Puas Hati Tiket Sold Out Kerana Individu Tak Bertanggung Jawab – Peminat Coldplay Rayu Penganjur Lanjutkan Hari Kedua Konsert 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad