web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Puas Hati Tiket Sold Out Kerana Individu Tak Bertanggung Jawab – Peminat Coldplay Rayu Penganjur Lanjutkan Hari Kedua Konsert 

Ribuan peminat tegar Coldplay masih lagi meluahkan rasa bengang dan kecewa apabila tiket umum untuk menyaksikan konsert band muzik pop rock British yang mula dibuka pada jam 10 pagi tadi telah habis dijual dalam tempoh tiga jam. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 10:00PM

Penganjur turut dipersalahkan kerana tidak mengenakan sekatan kepada pembeli tiket dalam kuantiti yang banyak. - Gambar tangkap layar

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ribuan peminat tegar Coldplay masih lagi meluahkan rasa bengang dan kecewa apabila tiket umum untuk menyaksikan konsert band muzik pop rock British yang mula dibuka pada jam 10 pagi tadi telah habis dijual dalam tempoh tiga jam. 

Rata-rata mereka telah meluahkan rasa kecewa mereka itu sebagai sahaja pihak Live Nation Malaysia selaku penganjur konsert Coldplay Music of The Spheres World Tour Kuala Lumpur, Malaysia dilihat memuat naik hantaran di akaun rasmi Twitter @livenationmy untuk memaklumkan tiket telah pun sold out

Hantaran itu dilihat lebih 1 juta pengguna media sosial, telah diciap semula lebih 3,000 kali, meraih like lebih 3,000 dan komen lebih 700 orang dan pelbagai kecaman telah dilontarkan kepada pihak penganjur Live Nation Malaysia apabila dilihat gagal mengendalikan penjualan tiket itu dengan baik dan ia tidak pernah baik dari saat mereka menganjurkan konsert Justin Bieber sehinggalah Coldplay. 

Tidak kurang juga yang menyalahkan pihak penganjur bertaraf antarabangsa tersebut kerana tidak menggunakan sekatan untuk menjual tiket kepada individu yang tidak bertanggung jawab yang membeli tiket dalam kuantiti yang banyak dan kemudian menjualnya semula kepada peminat Coldplay dengan harga yang jauh lebih tinggi. 

Bahkan, ada individu tidak bertanggung jawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual tiket Coldplay dengan harga yang tidak masuk akal mencecah RM43,000. 

Kini, terdapat satu petisyen untuk meminta konsert Coldplay dilanjutkan dan perkara yang sama turut diperbincangkan di akaun miliki Coldplay_Asia sebaik sahaja pengguna yang mempunyai pengikut kurang daripada 500 orang ini memuat naik ciapan berbunyi:

“Sila pertimbangkan untuk mengadakan hari kedua konsert Coldplay Music of The Spheres World Tour Kuala Lumpur, Malaysia. Ramai peminat masih tidak mempunyai tiket kerana permintaan popular.

Ciapan itu telah dilihat lebih daripada 300,000 orang dan meraih ciapan semula sebanyak lebih 3,000, tanda suka hampir 2,00 orang dan komen hampir 200 orang. 

Membalas ciapan @Coldplat_Asia itu, pengguna @Sitinorsalwanie pula menulis: “Ia bukan disebabkan permintaan popular. Tetapi ia kebanyakan pergi ke individu yang tidak bertanggung jawab atau penjual semula, menjualnya dengan harga lebih tinggi berbanding harga biasa. 

“Kalau rajin, pergilah tengok alamat IP yang membeli tiket berpuluh-puluh itu, sama alamat IP ke tidak,” katanya.

Penggunakan bernama @mimDua berkata: “Mahu membeli tiket untuk ayah saya. Dia adalah peminat sejak Ode to Deodorant. Brothers and Sisters. Saya telah cuba membeli tiket sejak semalam dan hari ini, tetapi tidak berjaya disebabkan individu tidak bertanggung jawab yang membeli banyak. Mereka tidak punya rasa hormat terhadap seni dan muzik. Menyedihkan”. 

Sementara itu, seorang lagi pengguna @amirahibrahim yang berpendapat bahawa tiket secara bercetak seharusnya diwujudkan semula di mana semua orang perlu beratur selama berjam-jam sebelum kaunter dibuka. 

“Dengan cara ini, individu yang tidak bertanggung jawab tidak akan menang kerana ia tertumpu kepada siapa cepat dia yang lebih dahulu dapat, tiada memotong barisan, tiada masalah kegagalan bayaran dan sistem yang ranap. 

Namu, ramai penggunakan yang bersetuju dengan ciapan @Cldplay_Asia itu supaya pihak penganjur menambahkan hari kedua konsert Coldplay. 

Pengguna @Krittika menulis: “Hari kedua, tolonglah. Ramai rakan dan ahli keluarga yang tidak berjaya mendapat tiket. Saya cuba bantu bapa saudara saya beratur (secara maya) tetapi tidak berjaya dan dia adalah peminat Coldplay sejak 2005”. 

Hal yang sama turut dilontarkan pengguna bernama @feeq : “Ya, jadikan hari kedua konsert, kami semua menunggu sejak usia 20-an hingga sekarang, pertama kali mereka datang ke Asia, jadikan konsert mereka dua hari, tolonglah dan jadikan server anda lebih baik”. 

Bagi pengguna @nrnzzty pula, tulisnya: “Sangat menghargai jika anda dapat menambah tarikh kedua untuk konsert di Kuala Lumpur memandangkan ia akan menjadi destinasi yang terakhir. 

Sementara pengguna yang dikenali sebagai @teeharhmm: “Telah beratur sejak 9 pagi dan masih lagi tidak berjaya mendapat tiket. Tolong adakah hari kedua dan ketiga”. – Getaran, 17 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN