web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minat Punya Pasal Ada Peminat Tiru Nama Wardina, Anak

Rupanya-rupanya ramai juga yang menamakan anak mereka sempena nama Wardina dek kerana terlalu meminatinya.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 11:38AM

Wardina Safiyyah bersama keluarga pada sambutan hari raya di Australia. gambar Instagram Wardina Safiyyah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkongsian video perkahwinan anak perempuan Wardina Safiyyah di akaun TikTok @getaran.my meraihkan tontonan ratusan ribu dan ini membuktikan pelakon yang popular menerusi sitcom Spanar Jaya ini masih mempunyai peminat.
 
Ramai yang ingin tahu mengenai kehidupan terkininya, walaupun Wardina sudah lama mengundurkan diri dari dunia seni. Dalam satu wawancara dengan sebuah organisasi media baru-baru ini, Wardina menjelaskan dia sudah tidak merindui zaman lakonannya. Sebaliknya, beliau lebih selesa dengan apa yang dimilikinya sekarang.

Melihat kepada komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat wanita berusia 44 tahun ini, rupanya-rupanya ramai juga yang menamakan anak mereka bersempena nama Wardina dek kerana terlalu meminatinya. Bahkan, ada juga yang meniru nama anak-anak Wardina. 

“Minat dia ni.sebab umur sebaya..44y..tapi dia dah ada menantu..anak kite sulung baru 12 tahun. Minat punye pasal smpai taruk nama anak amna dan azra,” komen peminat dengan profil Aienn9723.

“Saya minat sangat Wardina dulu, letak nama anak kedua saya Amna Nafeesa,” komen Azie_MY pula.

Wardina dan suami, Ikhwan Johari pada majlis pernikahan anak sulong mereka, Amna Nafeesa di Brisbane, Australia, baru-baru ini. gambar Wardina Safiyyah
Wardina dan suami, Ikhwan Johari pada majlis pernikahan anak sulong mereka, Amna Nafeesa di Brisbane, Australia, baru-baru ini. gambar Wardina Safiyyah

Begitu juga dengan peminat dengan nama IjahSuaizah A. Bang: “aku dah tua, gara-gara minat dengan Wardina ni, anak no. 2 bagi nama Nur Wardinah. Kebetulan nurse yang sambut masa lahir pun nama sama wardinah juga".

Seorang lagi peminat, warfiqq, meninggalkan komen: “minat wardina punye pasal..anak perempuan 2 org.. dua-dua letak nama wardina.. Wardina Yusrina, Wardina Maisarah”.

Anda sendiri bagaimana? Ada menamakan anak-anak mengikut nama artis kegemaran? 

Bagi yang kurang mengenali pemilik nama Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot ini, dia adalah bekas pengacara, model dan pelakon Malaysia yang memulakan kerjaya seni selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja. 

Bakatnya bermula sebagai pengacara program Carta RIM di saluran NTV7 pada 1997 hingga 1999. Sitkom Spanar Jaya berjaya melonjakkan namanya dan beliau juga adalah antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada 2001. - Getaran, 7 September 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga