web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKDM Patahkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM5.2 Bilion

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 2:29PM

Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup tiga kontena mengandungi pil Captagon bernilai RM5.2 bilion dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor pada 15 Mac lepas.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata rampasan itu yang merupakan rampasan dadah terbesar dalam sejarah JKDM, dilakukan sepasukan anggota daripada Cawangan Narkotik Kastam yang menemukan 94.8 juta biji pil dengan berat keseluruhan dianggar 16 tan di dalam lereng-lereng roda.

“Saya difahamkan setiap satu castor (lereng-lereng roda) mengandungi sebanyak 1,000 pil. Sebiji pil itu bernilai lebih kurang RM54, maknanya satu castor bernilai RM54,000,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Untuk rekod, sepanjang tahun lepas, JKDM merampas 2.86 tan dadah bernilai RM117 juta, manakala pada 2019 pula agensi itu menyita 4.75 tan (RM790 juta), sementara pada 2018 ia merampas 3.35 tan dadah bernilai RM160 juta.

Mengulas lanjut, Abdul Latif berkata siasatan awal mendapati kontena terbabit tiba dari negara Timur Tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur.

Menurutnya, JKDM sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang di sebalik penghantaran dadah berkenaan yang dipercayai membabitkan sindiket antarabangsa.

Siasatan juga dijalankan sekiranya sindiket turut melibatkan rakyat tempatan, katanya.

Abdul Latif berkata rampasan tersebut adalah hasil kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Beliau berkata kes disiasat menurut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Operasi KLIA T1 Terkawal, Majoriti Penerbangan Ke Destinasi Asia

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran