web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketepi Isu Politik, Hans Isaac Fokus Bantu Komuniti Setempat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 8:33AM

Hans Isaac menyampaikan sumbangan menerusi Program Sentuhan Kasih di kawasan Ampang, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG -  Sudah lebih setahun rakyat negara ini terkesan dengan serangan pandemik COVID-19, sehingga ada di kalangan mereka kehilangan mata pencarian apabila diberhentikan kerja.

Golongan B40 dilihat antara yang paling terkesan dan menempuh pelbagai kesukaran demi meneruskan kelangsungan hidup atau menjana pendapatan, buat menyara keluarga masing-masing.

Prihatin dengan masalah tersebut, Pengerusi Pertubuhan Kita Budak Ampang, Datuk Gerald Hans Isaac mengambil inisiatif untuk turun padang bagi memberi sumbangan kepada penduduk yang memerlukan.

Hans Isaac
Hans Isaac

Program terbabit kali ini yang diadakan di sekitar Taman Sri Raya, dekat sini berjaya mengenal pasti lima keluarga yang amat memerlukan bantuan seperti alat bantuan kesihatan, bekalan ubat-ubatan, makanan dan beberapa keperluan lain, termasuk sedikit wang tunai.

"Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada Program Sentuhan Kasih dengan kerjasama PKR Bahagian Ampang dan menerusi pelaksanaannya, kami dapat mengenal pasti keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya kepada Getaran, sejurus selepas acara itu.

Hans yang juga penerbit dan aktor popular berkata, beliau mula aktif untuk misi bantuan ini sejak setahun lalu dan kini aktif dalam kerja kebajikan rakyat bersama PKR. 

Ditanya apakah aktiviti terbabit adalah sebahagian daripada persediaan sebelum menceburkan diri dalam arena politik, aktor kacak itu pantas menepis dan memberitahu, tumpuannya buat masa ini hanya terarah kepada acara kebajikan dan kempen dikenali sebagai Kita Budak Ampang.

"Sebagai  pencetus kepada kempen #Kitabudakampang, apa yang paling penting buat saya ketika ini adalah membantu seberapa ramai individu atau keluarga memerlukan.

“Melalui kempen #Kitabudakampang, saya cuba membantu penduduk di sekitar kejiranan kerana kawasan ini sudah menjadi kediaman saya sejak 40 tahun lalu,” katanya.

Mengakui sudah sebati dan selesa dengan kehidupan di daerah itu, kempen #Kitabudakampang jelasnya, adalah ruang untuk beliau mencurahkan bakti dan membantu sesama insan.

Hans Isaac dan pasukannya turun padang bagi memberikan bantuan kepada penduduk Ampang yang memerlukan bantuan.
Hans Isaac dan pasukannya turun padang bagi memberikan bantuan kepada penduduk Ampang yang memerlukan bantuan.

Pemilik syarikat produksi Tall Order Sdn Bhd itu berkata, beliau dan pasukan akan memastikan untuk turun padang tiga atau empat kali seminggu, bagi memastikan usaha membantu seberapa ramai keluarga memerlukan dapat dicapai.

“Ini bukan kerja saya seorang, tetapi dibuat secara berpasukan dan kami amat mengalu-alukan jika ada pihak yang berminat untuk turut serta.

“Pertubuhan Kami Budak Ampang setakat ini sudah mengumpul sekitar 2,000 ahli dan sentiasa bersedia menerima lebih ramai lagi,” katanya, gembira.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang penerima bantuan, Sofea Othman, 64 yang menjaga suaminya, seorang pesakit angin ahmar sejak setahun lalu berkata, beliau dan keluarga amat berterima kasih atas inisiatif berkenaan.

Ibu kepada sepuluh anak itu berkata, sumbangan diberikan pertubuhan terbabit sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesempitan hidup yag dialami selama ini.

“Jutaan terima kasih untuk Datuk Hans dan Ketua Masyarakat Taman Sri Raya, Noorudin Ibrahim kerana sudi membantu kami sekeluarga.”

“Pertubuhan Datuk Hans ini tidak pernah berhenti daripada membantu komuniti setempat. Besar sungguh jasa yang dicurahkan kepada kami semua,” katanya, sebak. – Getaran, 21 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad