web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 4:28PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Kewangan Negara hari ini bersetuju dengan keputusan kerajaan Persekutuan untuk menambah baik pemberian kepada kerajaan negeri berjumlah RM8.9 bilion pada tahun ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, peruntukan pemberian tersebut merupakan peningkatan berbanding RM8.3 bilion pada tahun lepas dan RM8.1 bilion pada 2022.

Katanya, peningkatan pemberian itu termasuklah peningkatan pemberian penyenggaraan jalan negeri kepada RM5.4 bilion berbanding RM5.2 bilion pada tahun lalu dan pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan Hidup (TAHAP) sebanyak RM400 juta.

Selain itu, katanya, kenaikan pemberian Pindahan Fiskal Ekologi (EFT) kepada RM200 juta berbanding RM150 juta pada tahun lalu dan penambahan pemberian khas tahunan kepada Sarawak dan Sabah kepada RM300 juta berbanding RM16 juta untuk Sarawak dan RM129.7 juta untuk Sabah pada tahun lalu.

"Peningkatan pemberian kepada perpustakaan dan muzium negeri sebanyak 10 peratus pada tahun ini," katanya.

Bagi perbelanjaan pembangunan, Kementerian Kewangan berkata, sebanyak RM39.4 bilion disediakan bagi tahun ini untuk melaksanakan projek-projek pembangunan negeri berbanding RM36.7 bilion pada tahun lalu dan RM28.8 bilion pada 2022.

"Kelulusan permohonan kerajaan negeri telah diberikan berhubung kesiapsagaan menghadapi sebarang kecemasan atau bencana alam seperti musibah banjir dan tanah runtuh yang boleh menyebabkan kerosakan jalan serta jambatan," katanya.

Dalam hal ini, katanya, Majlis Kewangan Negara meluluskan pembelian jambatan sementara Bailey (Bailey Bridge) menggunakan peruntukan pemberian penyenggaraan jalan negeri secara sekali beri (one-off) bagi tahun ini dan kenaikan had untuk membiayai perbelanjaan pengurusan berkaitan penyenggaraan jalan negeri sebanyak 10 peratus atau RM10 juta, mengikut yang lebih rendah.

Katanya, kerajaan MADANI terus bertekad memastikan hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan semua kerajaan negeri kekal utuh demi kebaikan rakyat Malaysia dan hasrat itu dizahirkan melalui peningkatan pemberian kerajaan Persekutuan serta peruntukan perbelanjaan pembangunan di semua negeri untuk tahun 2023 dan 2024.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan komited untuk bekerjasama dengan semua kerajaan negeri dalam usaha memajukan pembangunan negara secara terangkum.

"Berlandaskan prinsip manusiawi dan 'rahmatan lil alamin' yang membentuk kerangka Ekonomi MADANI, penambahbaikan pemberian kepada kerajaan negeri dapat memberi manfaat langsung kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau geografi," kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan, dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata, peningkatan pemberian melibatkan semua negeri di Malaysia dan akan diberikan secara serentak.

"Walhasil, besarlah harapan saya agar pemberian ini dapat digunakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri untuk menjamin kemaslahatan rakyat dan merancakkan pembangunan negeri dengan lebih mampan," kata Perdana Menteri.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2024 yang dihadiri oleh menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Bagi Pastikan Syarikat Minyak Bersedia – MOF

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad