web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 8:23AM

Setiausaha Luar British, David Cameron. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Setiausaha Luar British mengeluarkan amaran pada Sabtu mengenai keadaan yang meruncing dan risiko sebenar kebuluran di Semenanjung Gaza, sambil mengumumkan penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di rantau itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kerajaan British mengumumkan satu pakej sokongan tentera dan orang awam untuk mewujudkan satu koridor bantuan maritim ke Gaza, termasuk penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi menyelamatkan nyawa di timur Mediterranean.

"Kapal itu bersama bantuan UK (United Kindom) dan pakar British akan menyokong penubuhan sebuah koridor maritim bantuan kemanusiaan antarabangsa dari Cyprus ke Gaza, disokong oleh ramai rakan kongsi daripada kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dijangka beroperasi pada awal Mei, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan UK.

Bersama-sama kapal itu, Kementerian Luar telah memperuntukkan sehingga £9.7 juta (AS$12.2 juta) untuk penyampaian bantuan termasuk kepakaran logistik dan sokongan peralatan kepada koridor berkenaan, menurut laporan itu.

UK mengulangi gesaannya untuk jeda serta-merta atas faktor kemanusiaan membawa kepada satu gencatan senjata yang mapan dan berkata, ini adalah cara terpantas membawa pulang tawanan dengan selamat dengan lebih banyak bantuan dapat dibawa masuk.

"Keadaan di Gaza meruncing dan kemungkinan kebuluran itu adalah nyata. Kami kekal komited untuk mendapatkan bantuan untuk disampaikan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan, " kata Setiausaha Luar British David Cameron.

Menekankan akses kepada laluan darat kekal penting untuk menyampaikan bantuan itu, beliau mengalu-alukan pembukaan laluan Erez dan Pelabuhan Ashdod tetapi menambah terdapat keperluan untuk terus meneroka segala pilihan, termasuk laut dan udara bagi memberikan kelegaan kepada penderitaan golongan paling rentan di dunia itu.

"Warga Gaza sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang meruncing dan terdapat keperluan untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka," kata Cameron.

Lebih daripada 33,000 warga Palestin maut dan 75,577 cedera di Gaza, selain daripada kemusnahan berskala besar kediaman dan infrastruktur serta kekurangan bekalan keperluan selepas diserang Israel sejak Oktober tahun lalu.

Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memerintahkannya supaya mengambil lebih banyak tindakan bagi mengelakkan kebuluran di Gaza. -BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad