web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Juruteknik Maut Dalam Nahas 4 Kenderaan

Semasa · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 8:09AM

Anggota Polis bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mengangkat empat mangsa yang maut dalam kemalangan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Empat juruteknik syarikat swasta maut apabila van dinaiki mereka yang dalam perjalanan dari Setiu ke Kuala Terengganu, terlibat dalam kemalangan di Kampung Sungai Ikan, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus Azmi Omar berkata kemalangan yang berlaku pada 6.22 petang itu turut melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan Proton Persona dari arah yang sama, serta sebuah bas ekspres dari arah Temerloh, Pahang menuju ke Jertih.

“Ketika sampai di tempat kejadian kami mendapati seorang mangsa yang menaiki van telah dikeluarkan orang awam manakala tiga lagi mangsa yang maut masih berada di dalam van tersebut.

“Kejadian itu turut menyebabkan pemandu Proton Wira dan penumpang Proton Persona mengalami kecederaan, manakala 13 penumpang bas ekspres termasuk pemandu, serta pemandu Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi insiden.

Mangsa yang maut adalah Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36; Muhammad Saufi Jusoh, 34; Mohd Shahlan, 37, dan pemandu van yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Azmi berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila van tersebut gagal memotong kereta Proton Wira sebelum bertembung dengan bas ekspres dari arah bertentangan.

Katanya, perlanggaran itu menyebabkan kereta Proton Wira berkenaan merempuh kereta Proton Persona yang berada di laluan sama.

Menurut Azmi, seramai 18 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dan BBP Kuala Terengganu bersama tiga jentera terlibat dalam operasi mengeluarkan mangsa.

Beliau berkata keseluruhan operasi selesai sepenuhnya pada 9.20 malam tadi dan keempat-empat mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 59 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek